Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Monday, May 7, 2012

#JurusanTwitter

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan kalimah suci Allah saya mulakan Post ini.
Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan SALAM 1 MALAYSIA!
Wira dan wirawati sekalian *terlajak ayat*
*Actually, that is my Ketua Jurulatih Pembinaan Diri, Cikgu Roy's ayat. Memang best kalu korg dgr dia ckp. Betul x @AzimGhazali?*

Today, 7 Mei 2012. Korg tau apa berlaku? Kepala hotak kau jawab dah takleh tengok astro saluran percuma! It's The 0711 Future! Keputusan UPU utk IPTA keluar babe! So, post kali ini aku akan cerita segala suka *joget* dan duka *lap air mata* aku sepanjang proses permohonan ke IPT.

Cikgu kaunseling aku, #PuanNorasiah membuat pengumuman utk sesiapa mahu beli no pin. Aku awal2 tolak benda ini sbb #Bonda pesan, "Tak payah masuk situ. Nanti kena struggle lebih2. Awak tu dahlah malas." *tempias sikit ayat belakang skali tu, but watlek watcool dahlah* Tolak mentah2. Ugh! Ramai jugak classmate aku beli. Ada classmate aku buat promosi *ajak aku masuk* tapi aku tetap menghormati pendirian #Bonda *tabik kat mak gua* Kesian pulak kwn aku, kena isi borang. Biasa kalau tak tahu, ada yg rujuk aku. Tapi aku jwblah aku tak amik *muka sombong* Bila dah beli, ada sebahagian classmate aku x isi borang laks. Membazir je kalau beli. Baru2 ni, result nya keluar. Aku tak lepaskan peluang utk menerjah kawan2 ku yg boleh ke sana. Ternyata hanya 6 org sahaja yg berjaya ke Matrikulasi. *Joget lettew* #MekB #Nahi #Aqilah #MokYong #PqahSuha boleh di Matrikulasi Perlis dlm jurusan perakaunan. #Shipoh boleh di Mtrikulasi Pahang dlm bidang sains. Aku pun bygkan sejenak, jika aku apply Matriks, pasti sudah aku boleh samada Sains mahupun Perakaunan.

Tetibe aku layak ke sini? Pe kes? *tedang meja* Takde aku mohon pun! Pelik2! Dikesempatan ini jugaklah aku tolong check utk kawan aku sblm line kembali memnyibukkan diri *STFU Internet* Aku check, semua classmate aku boleh kecuali yg boleh matriks dan #kidin. Mejoriti kelas aku dpt Form 6 SMK Sultan Sulaiman dalam jurusan Kemanusian kecuali aku dan #Shukri sahaja boleh jurusan Sains. Terkejut gila gaklah masa tu! Aku dahlah lemah sains *tengok result SPM dan PMR sudeeyy* Ramai gak tanya aku nk pergi tak form 6. Org tya tu terutama boleh jurusan Sains. Xkan aku nk masuk sains dengan ilmu Bio xde dan Fizik tak sempat khatam? *Aku Tak Bodoh* Kalau org tanya aku nk masuk tak form 6, aku just jwb tunggu UPU. Sebenarnya aku tak mahu juga masuk form 6 sbb berada di alam persekolahan semula. Pakaian sekolah, jumpa junior yg berlagak kaya kat sini. FYI, #Bonda and #ArwahAyahanda bercinta disekolah ini semasa #Bonda Form 6 Bawah dan #ArwahAyahanda Form 6 Atas. *Romence gile parents aku nih!* Tak nak pahat sejarah sekali lagi kat sini.



#Bonda pesan aku suruh amik pengajian itu supaya dapat pecah rekod dlm family ni. Aku pun apply lah. Jadi, bidang aku pilih ialah Bimbingan dan Kaunseling & Matematik di SJKC. *Ni-How-Ma* Sblm result KPLSPM keluar aku ada baca satu petikan akhbar online yg menyatakan guru2 yg xboleh berfasih cakap Mandrin akan dikeluarkan. *WTH* Cuak gak masa tu. Dahlah aku mintak sekolah cina. Pastu ada rumour kata darpiada 96000 yg memohon KPLSPM, hanya 4000 dipilih utk proses temuduga dan 1000 di pilih utk masuk KPLSPM. Gila siot! Masa hari keputusan. Jam 12 malam aku dah tercegat kat laman web MOE utk dia keluarkan kenyataan semakan KPLSPM. Dari pepagi buta aku asyik reload aje laman web tuh sampai subuh dan sampailah kul 11. Kemaruk sgt nak jadi cikgu. *jolow?* Kul 11 pagi aku baru bangun tidur terus check. Kwn aku bgi link KPLSPM. Betapa sedih, kecewa tak dpt tunaikan permintaan #Bonda dan termasuk my auntie yg bekas cikgu #WanHindun, Cikgu di Sabah dan #WanZainab, Pegawai Bahagian Kokurikulum di Gombak. *lap air mata*


Aku tanya #Bonda, takkan mengharapkan UPU sahaja? Aku cadang kat #Bonda nak amik IPTS gak. *kaya aku nih* #Bonda setuju utk jadikan back-up jika xboleh UPU. So, aku terus mahu ikut jejak langkah abg aku di universitinya dahulu. Aku isi borang. Rumit gak nk urus benda2 mcmni. Tak pasal2 dia suruh send ke diorg melalui pos. *tak majulah* Aku mmg malas nk g pejabat pos. Nasib baiklah hari itu ada Karnival MARA kat Terengganu Trade Center. Aku pergi, ada booth UNITEN! Aku pun bagi dia selalulah surat itu. Then dia suruh isi borang. Tak lama kemudian, dah siap surat tawara! Aku amik Foundation in Accountancy.

Aku tak tahu pun wujud IPTS ini. Tapi aku tahu, IPTS ini cemerlang dan disahkan oleh MOHE. So, aku isi borang online. Mcm UNITEN jugak, kena hantar melalui pos *kuno punya U* Dan nasib baik jugaklah ada booth MMU di Karnival MARA. Akak yg jaga booth itu suruh hantar borang kat dia boleh gak. Senang kije aku. 2 minggu lepas itu, sampai surat yg berisikan buku. Aku pelik? Bila surat tawaran nk sampai? Buku itu buku catalog promosi MMU. 1 minggu lepas itu pulak. Barulah sampai surat tawaran MMU. Tebal gak. Aku tak baca pon. MMU aku apply Diploma in Accounting. Then 1 minggu kemudia sampai surat promosi Multimedia College kat Trg. Aku tak layan pon surat itu.*sombong*

Kakak aku pernah belajar kat IPTS ni. Tapi kakak aku marah aku apply. *sape nk belajar? Aku ke kakak aku?* Aku just bgtau #Bonda, Apply sesaje, nk tgk boleh ke tak. Aku apply. Kawan aku cadang amik ACCA. So, masa di Karnival MARA *Asyik Karnival MARA aje, maklumlah masa Karnival Jom Masuk U tu aku pergi Karnival Jom Masuk PLKN* aku pergi kat booth IPTS ni. Dia kata kalau amik ACCA haragnya just lima angka sahaja. *WTF* Biarlah. Aku sesaje apply. Bila check online, dia jwb camni kpd aku? Luluh hatiku.... *lap air mata*


Kaunselor sekolah, #CikguNorasiah bg cadangan kat aku supaya apply satu IPTS ni. Dia pun teranglah mcm mana perjalanan itu utk bawa ank dia, #MekB dlm IPTS tu dan terus sambung IPTA slps Diploma. Di Kolej Profesional Mara, aku mintak Diploma in Accountancy. Keputusan permohonan keluar 9 Mei ini lorh.

#Bonda kata, tak payah applylah IPTS tu. Mahal. dan satu lagi dia amik yg cemerlang. Mcm biasa kenyataan aku, Saje2 nk apply. *Keras kepala* So, aku apply lah jugak! Rumit sama seperti MMU dan UNITEN. Sampai sekarang aku tak hantar surat itu. Then, aku dpt email yg aku layak ke EduCamp di UTP Perak. Memandangkan tiada rakan lelaki dari sekolah ku mahu pergi, aku batalkan hasrat itu. *Kalau aku pergi pun, mmg xboleh punya!* #Bonda bgtau hal yg aku tak pergi kpd my siblings. My eldest bro marah sbb aku tak pergi. My sis's boyfiee pon marah gak aku tak pergi. *aku dah agak dah benda camni akn berlaku*

Eh, akak seminar kt UMT call aku *padahal aku xpergi pun UMT aritu* Dia ckp, kalau permohonan UPU aku ditolak, call dia, dia akan tempah 1 tempat utk aku di sebuah kolej gabungan UiTM. Aku masih bingun time tu. Then aku tya penginapan? Dia ckp duduk kat appartment A'Famosa Resort! *gila siot* Bahagian atas bilik student. Bahagian bawah kuliah. Dia kata kalau kita tak pergi kelas, Prof akan naik lif ke bilik kita! Then boleh mandi percuma di kolam renang situ. *mamai masa tuh* Balik je rumah, research pasa tu, rupa2nya Kolej Teknologi Unifield! Terus tolak sbb takut xdiiktiraf.

Selepas result SPM keluar, permohonan IPTA atau lebih dikenali UPU telah dibuka. Aku mengambil masa yg lama gak nak isi borang tuh. Dalam 5 hari gak rsenye. *hobi menangguh selalu camnilah jadinya* 2 hari terakhir UPU ditutup, aku tangkas mengisinya di waktu manusia yang lain sibuk meneylimutkan diri mereka mati seketika *cewah ayat! Bangga #CikguZabed aku!* Aku isi seperti berikut.


Sebelum keluar result, mmg byk rumours! Ada kata 6 Mei, ada kata 7 Mei. Tak kurang 8 Mei pon ada! *8 Mei paling kuat potong lidah sekali!* Akhirnya terbukti 7 Mei 2012 apabila ramai 0711 buka laman web UPU pada 6 Mei 2012 jam 12 tengahari tiada perubahan berlaku. Aku siap sedia pagi tadi menantikan keputusan permohonan UPU. Yang pasti, aku bangun kul 9 pagi *sorry, saya solat Subuh erk* Then pi beli Nasi Kerabu Arizam jap! *makan sokmo* Lama gila xmkn nasi kerabu. Jam 11.00 aku main internet. Jam 11.20am. Aku terus buka laman web UPU, then klik 'Lembah Klang' Exited gila! Sebab dah boleh check. Mula2 aku check yg aku punya! OMG! Bidang akaun jugak aku boleh! Alhamdulillah! Then check utk classmate aku semua sekali gus! Agak malang gak rasanya.




 THE END of half my life to IPT

Meet my whiteboard yg dipenuhi kenyatan permohonan IPT


Jangan Lupa Vote for this blog!



Blog ini ada info terkini, cerita pengalaman dan aku ada juga buat research dan pamerkan kat blog ini. Satu langkah baru utk pembaca blog. Bak kata org, satu langkah kecil memperolehi kejayaan yg besar!
Hanya dengan 1 klik VOTE untuk 1 hari! Anda mampu mengubahnya!
 

No comments: