Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Thursday, March 29, 2012

Because a girl, everything can change...

Salam semua!

Baru-baru ni aku pergi keluar dgn #Bonda. #Bonda pergi ke kedai barang kaca, Menang Glass. Aku just duduk dlm kereta. Radio terpasang saluran Hot FM T'Ganu. Tetibe lagu 'Untuk Dia' by Sleeq dimainkan. Aku ni dah lama minat lagu ni sbb stylo! Bila nyanyi aku rase lain aje lirik dia! Pastu tetibe suara perempuan nyaring ku dengar. Apa dah jadi? Versi baru ke?

Beberapa hari kemudian, ada org tweet '#NP Untuk Dia by Sleeq ft. Najwa Latif'. Aku pun trylah research kt youtube. Byk giler siot! Aku dengarlah. Korg tau apa pendapat aku? Nanti aku bg tau. Tp skrg aku nak suruh kau dengar lagu versi lama dan baru.... korg pilih mana lagi best?

Versi Lama Untuk Dia yang hanya dinyanyikan oleh Sleeq

Versi Baru Untuk Dia yang dinyanyikan oleh Sleeq dan Najwa Latif

Pendapat aku, VERSI BARU TAK BEST! Sorry yah peminat Najwa Latif. Bila lirik diubah rasa lain. Time mula-mula dalam versi lama 'Turn your radio on" diubahkan "Kuatkan Radio Anda". Langsung xbest! Kalau nak tarik remaja, kena guna Manglish.

'Mungkin aku comel kot' mamang dah sedap dengar. Tapi bila diubah 'Mungkin gua comel kot' gengster ke apa ni? Ke mamat Indon? Dah sedap lirik lagu letak Indon. Tapi kenapa KL? Dahlah sebut Keeyyy Elll tu mcm menyiksa!

Bila masuk part Najwa Latif, aku rse suara mcm org lain. Kenapa mesti guna perkataan 'Muka Buku'? Mentang2 lagu Cinta Muka Buku, xkan sume lirik yg Si Najwa punya perlu di cover dgn 'Muka Buku'? Tak fahamlah

Walauapapun, aku lebih sokong versi lama. Mungkin kau tengok aku ni mcm bodoh sbb perkara kecil ni pun nak heboh kan? Tapi kalau korg tye peminat Sleeq from Singapore (Sleeq from Singapore okey!) diaorg lebih suke versi lama tau x.... Jadi aku just bersuara mewakili peminat lama Sleeq...


6th Celebration

Salam semua!

Sibuk tak malam Sabtu ni? Tak kan. Jadi korg tau x ada apa malam Sabtu ni? 31 Mac 2012 adalah tarikh untuk EARTH HOUR! Tahun 2012 adalah tahun ke-6 Earth Hour dijalankan di DUNIA ini. Dan aku dah masuk tahun ke 5 support this camping!


Earth Hour Logo


First year aku tak sambut mana Earth Hour tapi aku suruh #Bonda tutup lampu sebab aku pergi Tuition! Mase kat tuition, akutgk jam. 8.30 dah! "CIKGU! Tutup lampu. Earth Hour!" Cikgu endah saja. Terus mengajar. 

Mungkin ada sebahagian tak tahu lagi secara detail mengenai Earth Hour ni.Biar aku terangkan apa yg aku kaji erk!

Pada 2007, WWF-Australia telah memberi idea supaya upacara ini dijalankan di Sydney bagi mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dunia dan dinamakan EARTH HOUR. Seramai 2.2 juta individu dan 2000 lebih premis perniagaan menyokong kampen ini dengan memadamkan lampu disekitar Sydney Australia selama 1 jam pada 7.30 hingga 8.30 waktu tempatan.

Sebelum 2008, San Francisco telah menjalankan acara sama seperti Earth Hour tetapi dipanggil "Light Out" pada bulan Oktober. Jadi, pada 2008, San Francisco menjalankan acara itu sama tarikh dengan Earth Hour. Secara rasminya, San Francisco menjadi kota Earth Hour.

Pada 2008, sebanayk 35 buah negara dengan 400 bandar dan pekan di seluruh dunia mematikan lampu pada 29 Mac bagi menyokong Earth Hour. Sejak itu, Earth Hour cepat menjadi acara tahunan global. WWF telah menetapkan bahawa setiap tahun akan menjalankan acara ini pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Sehingga 2011, Earth Hour menyaksikan berjuta-juta individu yang sedar akan perubahan iklim dan bersatu memadamkan lampu selama 1 jam. Ini  merupakan langkah terbaru bagi kita mewarisi kpd genarasi akan datang supaya sedar akan perubahan iklim yg sedag berlaku.....

Kalau korg nak tahu lebih maklumat lanjut! Klik Wikipedia: Earth Hour. Byk korg boleh tau! Pasal sambutan ni. Pasal berapakah kita jimat. Pergi tau!






Jadi pada 2012 ni, marilah kita menjadi salah seorg individu yg berjuta-juta mematikan lampu bagi menyelamatkan bumi kita. Tidak lama, hanya sekejap sahaja!

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)

Masa: 8.30pm hingga 9.30pm

Jikalau korg menyokong dan melakukan, korg boleh tulis kat blog korg dan ceritakan apakah perasaan korg semasa Earth Hour berlaku. Adakah dpt beri pengajaran kpd korg? or sebaliknya. Pastikan lepas siap tulis tu, korg bg link kat ruang comment. Insya-Allah saya akan jenguk dan comment!




Wednesday, March 28, 2012

No UOL here!

Salam semua!

Post ini just nak mintak maaf kpd u alls terutama #TahirahTahir. Sorry aku tak sempat dan tak boleh menceritakan secara detail mengenai kenanganku di PLKN Batu Jong.



Betul cakap rakan dorm ku aka Senior ku, kenangan tidak boleh beli dgn gambar yg penting diingatan. Time tu kami telah beli 4 keping gambar. Rakan Dorm aku ni cuti sakit masa org tgh bergambar. Jadi mukanya takdelah. Frust sgt bidas dgn ayat tu. Then aku bidas balik, dah kenapa beli gambar kompeni. Dia hanya tersenyum dan kami semua gelak!

Aku tak boleh cerita panjang lebar, terperinci kerana sebahagian besar aktiviti adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau cerita kpd bdk2 yg akn pergi, xsuprise lah mereka. Biar mereka rasakan kejutan itu!

Kat blog ni aku akan cerita sedikit pada setiap post lain yg berkait dgn tajuk. Sng saje, Pergi ke footer blog ni, ada 'Labels'. Kat situ korg klik saja 'UOL'. UOL itu adalah akronim bagi University Of Life.

Ayahanda Komanden Mejar Shamsuddin telah mengisytiharkan PLKN Batu Jong adalah University Of Life atau Universiti Kehidupan.

Aku mintak maaf byk2 ye!

Tuesday, March 27, 2012

Tradisional vs Moden

Salam semua!

Korg tgk xagi short film 'My Generasi'? Tak tengok lagi? Rugi tau. Ketinggalan zaman lah kau ni! Fine, aku bagi kau masa tgk video kat bawah ni!



Pasti korg terharu gile tgk video ni terutama golongan aku dan tua drpd aku kan? Sbb imbau kembali zaman sekolah rendah. Memang lawak kalau diingat balik.

Tapi memang true story about this video. Zaman kita dulu memang suka menunjuk-nunjukkan.Tapi bila time zaman Facebook bermula di awal 2009, budak2 sekolah rendah skrg ni dah tak peka akan satu yang berharga semasa zaman aku dahulu.Selepas selesai scene zaman budak sekolah rendah dgn adegan facebook bercinta, ada soalan, "What Was Your Generation Like?" Dan scene lepas tu tunjuk pelbagai permainan di sekolah rendah zaman dulu. Aku pun teringatlah jugak kisah zaman dahulu. Nak ketawa ada.

Mana tak ketawanya, main berlari-lari kat koridor telanggar perempuan. Langgar tu dikira takpe lagi, ni terkucup! Masya-Allah. Aku pun dah tak ingat mana peristiwa tu....

Aku ni dikira zaman pertengahan sbb aku menjelajah kedua-dua zaman. Di mana zaman sekolah rendah masih dengan permainan bdk2. Sekolah menengah di alam laman sosial.

Semasa aku di PLKN, Alhamdulillah masih ada yg mengekalkan tradisi lama. Kebykkan yg kekalkan tradisi lama ialah Kelantan. Aku tengok berdasarkan cara mereka berdikir barat. Tidak dinafikan lagi. Kami org Terengganu tiada benda utk diwarisi.

Aku masih ingat semasa Malam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Kompeni Charlie iaitu kompeni aku mendapat Persembahan Terbaik. Terdapat 2 jenis Puisi dalam alam Melayu iaitu Puisi Tradisional dan Puisi Moden. Kompeni aku boleh Puisi Tradisional dlm bentuk seloka. Seloka hanya menyanyi dan Puisi Moden bertemakan Patriotik. Aku salah seorg pendeklamator sajak. Ketiga-tiga kompeni lain mendendangkan Puisi Tradisional mereka dengan irama gitar moden, manakala kami mendendangkan dengan alat muzik rebena ibu, rebana anak, gong dan alat2 muzik berdikir. Manakala Puisi moden didendangkan dalam muzik sedia ada. Alhamdulillah kompeni aku boleh Persembahan Terbaik.

Kompeni Charlie/ Kump Angkatan Fisabilillah diumumkan Persembahan Terbaik PPSB.

Dalam Majlis Refleksi dan Penutup Program Intergrasi, satu kelas telah membuat persembahan dikir barat dengan dendangan lagu 'Delima Melayu' yang di ubah menjadi 'Delima Remaja'. Di akhir persembahan #Ibrahim selaku Tok Juara menyeru agar kita mengekalkan tradisi lama.

Aku pun rasa, kita masih perlu mengekalakn perkara2 tradisional walaupun ramai angap lapuk ditelan zaman. Cuba kita fikir, knp kita tidak pernah menyatakan itu kpd remaja Kelantan? Dan knp remaja Kelantan boleh mengekalkan Dikir Barat mereka walaupun dah lapuk ditelan zaman? Fikir-fikirkanlah....

Moden tapi kolot

Salam semua!

Trend terkini semakin berleluasa. Biasalah peredaran zaman. Aku diusia remaja juga mahukan perubahan. Post kali ini aku hanya menceritakan sebahagian golongan yg moden tapi kolot. Aku nak cerita kisah Fixie dalam hidup aku!

Fixie adalah sejenis basikal yang sekrang ini di jadikan alasan untuk 'bersenam' oleh para remaja. Bersenam? Jolow? (Betul ke?) Cuba anda lihat, basikal fixie, tuan punya berpakaian seperti hang out bersama rakan such as seluar jeans, t-shirt, baju adik dll. Adakah itu senaman?


First time aku jumpa fixie ni semasa #Bonda amik aku dari tuition atas Kasut You. Masa tu lalulah dekat Pantai Batu Burok. Pada masa tu, xramai lagi naik basikal Fixie. Back to story, lalu kat situ then ada satu kelompok berfixie ni berbasikal di tengah jalan. Biasa lagi. Lama kelamaan, aku nampak mereka mcm watlek watcool atas jalan tanpa hirau kereta di belakang. Dahlah menghalang kenderaan. Jalan tu dahlah satu line utk arah berbeza sahaj. Malu nak berfixie dlm satu barisan mcm Le Tour De Langkawi. "Ma, hon saje!" Aku menerkam. "Jangan! Dok tahu sape diaorg tuh, dok nyaknye kan kalu dia ngamoks" #Bonda membalas. Lama kelamaan, #Bonda hon jugak!

Sejak peristiwa itu aku membenci Fixie. Kebencian aku terhadap fixie diluahkan di Facebook berdasarkan 'Like' di Page Anti Fixie. Aku relaks ajelah pasal tu.

Hari berganti hari, then tersebarlah kat sekolah pasal Fixie. Tup tup tertubuhlah Kelab Fixie SMKDRI. Aku memang dah benci lama fixie, tp aku just sembunyi kebencian aku. Lama-kelamaan, ramai yg tahu aku benci fixie berdasarkan Page Anti Fixie.

Semejak drpd itu, junior dan rakan sebaya ku sering bertanya kpd aku, "Bakpe mu benci fixie?" Aku hanya diam. Aku tahu, kalau aku bg jawapan, mereka akan membidas dgn alasan 'senaman'. Kadang2 bila mereka tanya berulang2 kali soalan sama, aku dgn marahnya menjawab "HAK AKU!" Mereka masih tak puas hati, aku just lari drpd mereka. Dlm situasi itu, aku xnk tekankan diriku dgn masalah yg begitu nipis sbb exam dah nak dekat masa tu.

Ada juga yg membidas menggunakan agama. Aku just senyap, silent and off. Bagi mereka, fixie tu adalah perfect. Ingat! Setiap benda di dalam dunia, ada org suka dan ada org xsuka!

Korg tau tak sbb ape tetibe aku post pasal fixie? Sbb tadi aku jumpa 3 rider fixie ni. Lampu isyarat still merah tapi, dyeorg main redah aje! Aku taulah, basikal pun ada hak atas jalan raya. Tapi bila kau dah ada atas jalan raya, tiada keistimewaan bagi kau! Kau kena ikut segala papan isyarta, lampu isyarat dll. Kerana itulah hak sebagai pengguna jalan raya. Nanti pasti ada berita pasal kemalangan melibatkan fixie yg cuai. Tapi bila si basikal fixie itu yg cuai, kenderaan yg melanggarnya akan dipersalahkan!

So dalam hal ni, aku harap siapa yg rider fixie tu, sedarlah dan berusaha utk memperbaiki sikap rider2 fixie yg memberi alasan 'senaman'! Aku mintak maaf kalau sesiapa yg terasa!

Monday, March 26, 2012

The Result

Salam semua!

THIS IS THE FIRST POST ON 2012!

Sblm tu, I want to say sorry morry to all especially my cousin, #TahirahTahir sbb aku xsempat lagi nak keluarkan cerita2 ttg di PLKN. Kalau aku cite nnt, rindu pulak kem dan geng2 kat sana!

Post kali ini cerita tentang RESULT SPM! Setelah penat lelah 2 tahun dlm menengah atas dan berjuang selama 1 bulan sahaja hasilnya adalah beikut:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

NAMA: WAN MOHAMAD SYAHIN BIN WAN OTHMAN
NO. K/P: 9408XX-11-XXXX
SEKOLAH: SMK DATO' RAZALI ISMAIL
ANGKA GILIRAN: TA063A1XX

BAHASA MELAYU                                    B+ KEPUJIAN TERTINGGI
BAHASA INGGERIS                                  B   KEPUJIAN TINGGI
PENDIDIKAN ISLAM                               A-  CEMERLANG
SEJARAH                                                    A-  CEMERLANG
MATHEMATICS                                         A+  CEMERLANG TERTINGGI
ADDITIONAL MATHEMATICS                A-  CEMERLANG
PRINSIP PERAKAUNAN                         A+  CEMERLANG TERTINGGI
PHYSICS                                                    C+  KEPUJIAN ATAS
CHEMISTRY                                              C    KEPUJIAN

1119(GCE-O) - 7D     3756(LCCI) - 4
PERKARA ASAS FARDHU 'AIN - LULUS
LAYAK MENDAPAT SIJIL

Malam sebelum dapat result tu cuak gile! Dahlah makan malam takde, so aku cadangkan #Bonda utk beli makanan. Aku pun pergi beli mknan kat warung nasi lemak utk #Bonda. Then pergi isi minyak motor + beli slurpee kt 7E. After that pergilah beli nasi aku kat restoran. #Bonda aku xmkn byk sbb tu beli nasi lemak aje.

OTW balik rumah, telefon aku bergegar. Aku berhenti tepi jalan. Kakak aku telefon.

Kakak: Hello, adik! Adik ade mne?
Aku: On The Way nak balik lah ni. Ade npe?
Kakak: Tak dop npe eh.
Time tu aku dah dpt agak, pasti dia dah tahu result aku. Sampai je rumah, #Bonda panggil. Aku terus bergegas ke bilik #Bonda. Then #Bonda kata "Tahniah" dan tunjukkan sekeping kertas kajang yg dilipat. Terdapat tulisan A+, A+, A-, A-, A-, B, B, C, C. Aku terus mengucap "ALHAMDULILLAH". #Bonda hanya tersenyum sahaja. Aku bersyukur gak sbb #Bonda tak marah. Sejak itu aku tak berdebar tapi cuma keliru adakah benar fizik dan kimia ku C. Tak pernah aku boleh sebegitu. Aku juga risau subjek mana A dan B tu.

Keesokkannya, aku ke sekolah dengan rakan ku, #NaimAhmad. Dia ternyata berdebar. Sampai disekolah, terus jumpa classmateku, #Basyar dan #SyedAiman. Aku berborak dgn mereka mengenai PLKN. Then 10 lebey, masuk dewan. Langkah je pintu dewan, "mari! mari! Amik majalah sekolah." Sign dan terus bukak majalah. Akhirnya ada jugak karya aku iaitu 'Monolog Seorang Pelajar 5 al-Farabi'. Aku sengaja menggunakan watak rakan aku #Rafiq. Tup tup, ramai yg anggap dia tulis cerita tu. Tapi story tu mmg terhebatlah!

Me and #WanKidin with red shirt sdg tgk result msig2!

Dimaklumkan 4 org straight A's! Wow! Salah seorgnya yg tidak ditarget. Majlis bermula, then ucapan pengetua sekali dgn analisis. Terbaik gak zaman aku nih! then umum 4 student tu, #Akhi, #Syukur, #Hidayah dan #Harun. then 6 org 8A. Pastu time amik result.

Time ni paling debar. Aku tahu dah result aku, then tgk subjek. Alhamdulillah AddMath A. Pastu apa?! BM B! Teruklah aku kena di mak saudara aku nnt! Then, upacara 'Aku tgk result kau, kau tgk result aku'. Alhamdulillah, ramai rakan ku yg berjaya.

Thanks to cikgu cekgi kat sekolah! Cikgu Tajudin, Cikgu Botak, Teacher, Cikgu Amran aka Jeff, and Cg Normi <- cg tuition. Berkat doa rakan2 dan guru dan yg terutama #Bonda. Alhamdulillah. Berkat bacaan Yassin 40 hari sblm exam dan sebelum exam bermula. Solat Hajat setiap malam di PLKN Batu Jong.

Alhamdulillah, aku berada di ranking ke-2 SPM dlm keluarga ku. First abg sulong aku, dpt 5A gak tapi byk B. Dan #Bonda umumkan bahawa aku dlm ranking pertama SPM AddMath boleh A! Alhamdulillah!