Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Thursday, March 29, 2012

6th Celebration

Salam semua!

Sibuk tak malam Sabtu ni? Tak kan. Jadi korg tau x ada apa malam Sabtu ni? 31 Mac 2012 adalah tarikh untuk EARTH HOUR! Tahun 2012 adalah tahun ke-6 Earth Hour dijalankan di DUNIA ini. Dan aku dah masuk tahun ke 5 support this camping!


Earth Hour Logo


First year aku tak sambut mana Earth Hour tapi aku suruh #Bonda tutup lampu sebab aku pergi Tuition! Mase kat tuition, akutgk jam. 8.30 dah! "CIKGU! Tutup lampu. Earth Hour!" Cikgu endah saja. Terus mengajar. 

Mungkin ada sebahagian tak tahu lagi secara detail mengenai Earth Hour ni.Biar aku terangkan apa yg aku kaji erk!

Pada 2007, WWF-Australia telah memberi idea supaya upacara ini dijalankan di Sydney bagi mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dunia dan dinamakan EARTH HOUR. Seramai 2.2 juta individu dan 2000 lebih premis perniagaan menyokong kampen ini dengan memadamkan lampu disekitar Sydney Australia selama 1 jam pada 7.30 hingga 8.30 waktu tempatan.

Sebelum 2008, San Francisco telah menjalankan acara sama seperti Earth Hour tetapi dipanggil "Light Out" pada bulan Oktober. Jadi, pada 2008, San Francisco menjalankan acara itu sama tarikh dengan Earth Hour. Secara rasminya, San Francisco menjadi kota Earth Hour.

Pada 2008, sebanayk 35 buah negara dengan 400 bandar dan pekan di seluruh dunia mematikan lampu pada 29 Mac bagi menyokong Earth Hour. Sejak itu, Earth Hour cepat menjadi acara tahunan global. WWF telah menetapkan bahawa setiap tahun akan menjalankan acara ini pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Sehingga 2011, Earth Hour menyaksikan berjuta-juta individu yang sedar akan perubahan iklim dan bersatu memadamkan lampu selama 1 jam. Ini  merupakan langkah terbaru bagi kita mewarisi kpd genarasi akan datang supaya sedar akan perubahan iklim yg sedag berlaku.....

Kalau korg nak tahu lebih maklumat lanjut! Klik Wikipedia: Earth Hour. Byk korg boleh tau! Pasal sambutan ni. Pasal berapakah kita jimat. Pergi tau!






Jadi pada 2012 ni, marilah kita menjadi salah seorg individu yg berjuta-juta mematikan lampu bagi menyelamatkan bumi kita. Tidak lama, hanya sekejap sahaja!

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)

Masa: 8.30pm hingga 9.30pm

Jikalau korg menyokong dan melakukan, korg boleh tulis kat blog korg dan ceritakan apakah perasaan korg semasa Earth Hour berlaku. Adakah dpt beri pengajaran kpd korg? or sebaliknya. Pastikan lepas siap tulis tu, korg bg link kat ruang comment. Insya-Allah saya akan jenguk dan comment!




No comments: