Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Thursday, April 26, 2012

Digi WWWOW Awards!

Salam semua!

Digi WWWOW Awards is BACK!

Tahun lepas dah ada Digi WWWOW Award. Memang aku dengki betullah kat AnwarHadi sbb dia dpt 2 anugerah rasanya! Blog Serius pun dapat anugerah gak!



So, tahun ni aku bercadang nak masukkan blog aku dlm contest ni! Tahun ni beza sedikit drpd tahun lepas. Tahun ni ada syarikat sponser tiap2 anugerah! Aku join dalam Nuffnang: Blogger of The Year... Korg tau tak hadiah apa bila menang utk kategori ni?

HADIAHNYA IALAH:
  • A sponsored getaway for two (2) pax to Krabi Island for 3 Days, 2 Nights (inclusive of flight and accommodation) worth RM5,000
  • One (1) return ticket to Sydney via AirAsia X
  • One (1) Samsung Galaxy W with
    DGSmart Plan™
  • One (1) Simple MasterCard preloaded with RM1,000 prepaid
  • RM1000 Cash Prize courtesy of Chartis Insurance

Knp aku perlu menang untuk kategori ini? Sbb blog aku ada info terkini, cerita pengalaman aku dan aku ada juga buat research dan pamerkan kat blog ini. Satu langkah baru utk pembaca blog aku. Bak kata org, satu langkah kecil memperolehi kejayaan yg besar!

Aku mengharap juga korg undi blog aku di website Digi WWWOW Award. Korg boleh start mengundi sekarang! Undian sehingga 13 Mei 2012! Jika korg mahu undi blog aku, korg boleh undi tiap2 hari dgn satu klik 'UNDI' untuk satu hari. Contohnya, hari ini korg UNDI blog aku, besok kau UNDI balik blog aku. Undilah sampai 13 Mei 2012 ni! Undian korg amat dihargai... Terima Kasih!

Klik dibawah ini untuk mengundi blog aku! Pastikan Log In connecting Facebook atau Twitter!


Monday, April 23, 2012

Deklamator Tiga Bersama

Salam semua!

"Asal kau naik pentas aja, mesti bersajak! Naik pentas, bersajak! Naik pentas, bersajak!"

Itulah ayat kawan aku utk sindir aku. Aku just watlek watcool. K FINE. Kali ni aku cerita pasal mcm mana ayat itu timbul. Dua kali aku naik pentas untk bersajak dan satu kali utk penerangan tapi aku baca cara sajak.

Kompeni Charlie di Malam Program Pengahayatan Sastera dan Budaya
First time aku naik pentas, masa Malam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Aku menjadi deklamator bersama #Ibrahim dan #Izah. Sbnrnya aku bercadang ingin berdeklamator bersama #Izriq sebab dia pakar sikit dlm sajak. Tapi apakan daya, dia as ketua kompeni kena duduk dalam urusetia. Dia juga mewakili kumpulan urusetia untuk berdeklamator sendirian.

Setiap kompeni harus menghantar sorg untuk berdeklamator sendirian di atas pentas. Dan setiap kompeni mesti mempersembahkan Puisi Tradisional dan lakonan, Sajak dan lakonan dan berkoir. Kompeni aku mmg teruk masa hari latihan! Tanyalah sume ahli kompeni aku, mmg bingit kelas sampaikan cikgu ada berkata, "Kalau kompeni awak mcm ni, kalah lah kita nanti." Aku bersama #Ibrahim dan #Izah bersajak tajuk 'Titisan Darah Dibumi Bertuah'. Kami bergilir-gilir bersajak. Bermula dengan aku, #Izah dan #Ibrahim.

Titisan Darah Dibumi Bertuah
A. Samad Said

Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa,
Mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya,
Tanah pusaka raya indah subur merata,
Untuk kita warisnya - penyambung cerita derita.

Untaian masa bertunda memucat warna muka,
Ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua,
Kami masih berbahasa, kami masih berbudi juga,
Sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.

Dalam tanam hak kami berkembang puspa wangi,
Aneka ragam jenisnya menghiasi persada bunda,
Biar bersatu segalanya erat berpadu sejiwa,
Biar semerbak baunya mengharumi seluruh dunia.

Kami berbudi bahasa penuh ikhlas didada,
Tiada rela berjela cerita neraka selaksa,
Kami berbudi bahasa mesra hati asasnya,
Siapa sahaja derhaka, kami ancam nyawanya!

Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi,
Segar sihatlah puspa jernih tenang warnanya,
Dalam taman hak kami berkembang puspa yang suci,
Rumput liar bernoda kami ragut akarnya!

Moyang kami yang papa mati terantai kakinya,
Kami, titisan rantainya, pelebur cengkaman rantainya,
Moyang kami yang mesra tercelik hampa matanya,
Kami, titisan rantainya, pencurah bahagia ke matanya.


Alhamdulillah, Kompeni kami memenangi Persembahan Terbaik! Sejak daripada itu, ada juga menyindir aku dengan ayat terakhir dalam sajak itu. "Kami ancam nyawanya." Sbb apa? Sebab aku meninggikan suara ketika itu. Nak gelak gak rasanya.

Sblm Malam Simfoni Memori, aku saja bergurau dgn #Izriq, "Jom kita masuk bersajak malam terakhir? Mu, aku, Nayen?" Dia terus menjawab, "Aku xnak masuk apa2 dah. Aku xnak naik pentas dah. Serik dah." "Aku gurau saja tadi," aku kata.

Aku dan #Izriq

3 hari sblm MSM, #Izriq ajak aku masuk bersajak dgn #Nayen sekali. AKu terkejut! Aku kata, aku bergurau saja. Pastu dia kata, ada org dah tempah satu slot utk dia. So, aku and #Nayen on jelah. 2 hari sblm itu, kami practice bersajak. Kami dah bercadang yanag aku pakai full loreng, #Izriq baju PT dan #Nayen baju kelas. Ini sajaknya:

Disini
Rekaan: Teruna Sepi (#Izriq)
Pendeklamator: Deklamator 3 Bersama (#Nayen, #Syahin, #Izriq)
Disini,
Bermula disiplin diri,
Teratur bilik rapi,
Selimut dilipat tepi.

Disini,
Ku kenal erti kehidupan,
Ku temui budaya keilmuan,
Ku gengam erat persahabatan.
Disini,
Mandi di dinihari
Santap bersama hidangan pagi
Umpama sebuah keluarga sejati
Disini,
Karater diri diasahkan,
Komunikasi bersama di latihkan,
Kekuatan fizikal diperkuatkan,
Semangat patriotik diperkukuhkan,
Perpaduan jitu diharapkan.

Disini,
Disaksi mataku,
Tembakkan bertalu-talu,
Rifel di sandar bahu,
Bukit merbau dan peluru.

Disini,
Senyum cikgu terakam gurau rakan di ingatan,
Mesra kata diucapkan,
Manis ikatan dirasakan,

Disini,
Kita tanam cinta Negara,
Kita tanam cinta Saudara,
Kita tanam cinta Bersama,
Ayuh pertahan daulat Malaysia,
Bersama di bumi Merdeka.

Disini,
Di Universiti Kehidupan ini,
Pertama bersua kita akhirnya terpisah jua,
Memori ini usah dilupa,
Pahat hati kekal ku pinta.

 Wow! First time aku mengajar orang bersajak! Semasa kemuncak Modul Kenegaraan, #Nayen menyuruh aku mengajarnya bersajak. Susah gak nak ajar. Ingat ke senang ke? Aku dahlah kena analisis balik mcm mana aku bersajak. Selama ini aku bersajak berdasarkan pandangan dan cikgu aku ajar sikit2 aje.

Meet #Nayen, Straight A's Student
 Itulah kisah aku as deklamator di PLKN.....


Saturday, April 21, 2012

Kalau tak sedia ucap Syahadah

New Update! 21 April 2012, 6:06am

Salam guys!

Tetibe pepagi buta camni aku tergerak nak berblogging.

Tadi aku ada termengelamun sekejap. Korg tahu tak apa yg aku mengelamunkan? Nanti aku cerita. Sblm tu aku akan bermukadimahkan tajuk post kali ini. Aku buang tebiat tulis entry kali ini.

Couple? Ramai remaja mmg terjebak dgn dunia ini. Ada yg kata haram dan ada yang buat fatwa sendiri adalah halal. Jadi mana satu yg perlu betul. Kalau haram, kenapa ramai yg duk sibuk mengcouplekan diri mereka sdgkan mereka tahu itu haram. Dan knp yg couple ini selalu sgt post2kan jiwang dan ada juga yg post Islamik sket. Pelik kan dunia sekrng?

Hiburkan lagu yg penuh nasihat ini

Sketsa Apa Nak Jadi dibarisi pelakon lelaki belako!
Bagi korg, couple hanyalah satu perkara biasa. Couple just nk lebih rapat dgn perasaan dan gender lainan jantina. Couple just ingin kikis duit pasangan. Couple just nak balas dendam. Couple utk lari dari masalah konflik family. Tu adalah contoh senarai knp mereka nk couple. Korg tahu tak, dalam setiap perhubungan mesti xnk gaduh kan. So, knp ramai yg break up? Perselisihan faham? Main kayu 3? Tahu tujuan couple? Buta Cinta? So many on lah!

Before aku lebih lanjut ke cerita mengelamun, aku akan cerita kisah di UOL. Couple mmg byk kat sana. Tapi berbatas. Mcm post aku cerita dlm Taman Syurga tu. Kat UOL kita org buatlah persembahan yg lawak lagi bermakna. Persembahan lagu KalauBerpancaran dan Apa Nak Jadi.


Kalau Berpacaran ni idea cikgu. Cikgu kumpul pelatih yg nak join utk sketsa ini. Setiap bait2 lagu ada babak. Yang tak tahan lelaki jadi perempuan.Pastu kat atas pentas duk mengatal dgn lelaki. Mmg memberi makna lah. Dengan ada pelakon menjadi setan, parents, barg meminang,ustz.Gelak habis masa Datuk KP datang! Utk sketsa Apa Nak Jadi nyanyian lagu Tan Sri SM Salim tu, AJK Imam Wira yg uruskan. Dia kumpul lelaki yg akan pegang watak perempuan! Memang cun meletop! Datuk KP pon xsangke yg sume tu AJK Surau yg jd pompuan!

Mmg xdisagka, couple itu byk maksiat dan cinta itu buta. Bila dah selesai persembahan, ada pulak yg komplain, lelaki tidak boleh berpewatakan wanita. Imam Muda Trg menjawab, ia sabagai satu metadologi dakwah bgi menyedarkan kita. Mmg betul, bila kita gelak, kita akan kekal ingat bahawa itu haram. Betul x?


Si Lelaki, Si Perempuan (Lelaki) dan Syaitan dlm sketsa Kalau Berpacaran

But skrg aku nk cerita pasal aku mengelamun tadi. Tadi aku teringat dgn Cikgu PLKN aku. Masa tu kelas PKRS, Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Dalam kelas ini, kitaorg blajar pasal keluarga, seksualiti, pergaulan, gender dll. Dia pernah cerita satu kisah hidupnya. Kisahnya begini
Saya dulu couple jugak. Tapi saya berbatas. Awak sume nk tahu knp saya couple dgn lelaki masa sekolah menengah? Saya couple dgn dia sbb nak melahirkan pesaingan yg sihat. Saya dan dia dulu best student. Jadi kami bercouple utk bersaing markah exam. Selain itu, saya juga couple dgn dia utk buktikan bahawa saya boleh mengatasi lelaki dan saya boleh buktikan bahawa perempuan juga boleh. Jangan nak perjuangkan gender lelaki tau! Gender adalah sterotaip sahaja!

Cerita tu aku ade ubah2 lah sikit. Dah lupa doe kisahnya. Tapi mmg mcm tulah ceritanya. Just short story sahaja. Tapi memberi kesan yg mendalam. Kaedah couple inilah yang patut kita amalkan. Dia berjaya,kita pun berjaya. Yang pasti, pasang niat dan matlamat dgn betul. Insya-Allah akan berjaya punyalah!

Jadi, boleh amik iktibar ya! Jgn couple utk berkongsi hati, berkogsi kelemahan diri.Kalau korg berkongsi kelemahan diri, hati korg akan binasa sbb bila dah breakup, pasangan korg boleh bgtau 1dunia ttg kelemahan korg.  Kalau akulah masuk IPT nnt, aku nk buat style mcm ni, try pikat best mahasiswi dlm kuliah, then bersaing dgn dia. Insya-Allah persaingan itu akan sampai ke jinjing pelamin. Beruntunglah kwn aku dpt makan nasi minyak nnt!

Aku xnk cerita panjang lebar, takut melalut entah ke mana! So, apa pendapat korg? Comment tau!

Friday, April 20, 2012

Mata dan Senyum

Salam!

Okey, kali ini aku nk tebus balik post2 yg lama xaku update! Kali ini aku nak cerita pasal 'Terima Kasih'. Apa2 pun, korg sume layan dulu video ni! (pastikan korg tutup lagu tema blog aku kat footer ni! Sebab lagu dlm video ini dikire best la jugak!)



Tajuk video ini adalah Kindness Boomerang yang bermaksud Kitaran Kebaikan. Diterbitkan oleh Life Vest Inside sebuah NGO di United State of America yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kebaikkan.

Analisisku terhadap video ini,

Budak skate membantu warga emas melintas jalan
  1. Bermula dengan seorg budak yg bermain skateboard tiba-tiba terjatuh. Pekerja pembinan baru sahaja keluar dari kedai terus mencapai majalah budak itu dan mengangkatnya berdiri. Ada kata2 keluar dari mulut budak itu. Bila beredar, dia memandang pekerja pembinaan itu dan terus senyum sambil mengangguk tandanya Terima Kasih.
  2. Pandangan budak skate tu ke 2 situasi. Dia memandang 3 kawan perempuan skate itu yang mengajak berskate lagi. Pandangan ke-2nya ialah ke arah seorg warga emas yg sedang membawa 2 beg kertas yang penuh dgn barang dapur. Budak itu lekas ke arah warga emas itu dan menolong membawa dan membimbit. Bukan sahaja menolongnya membawa tetapi melintas jalan jugak! Cara warga emas itu mengucapkan terima kasihnya adalah dgn senyuman dan anggukkan.
  3. Warga emas itu melintasi seorang wanita yg amat bergaya. Wanita itu sedang mencari duit syiling utk parking keretanya. (Mana keretanya?). Warga emas itu terus memberikan duit syiling miliknya kepada wanita itu. Warga emas itu menepuk tangan Wanita itu dengan senyuman walaupun Wanita itu sedang terpinga-pinga. Semasa Wanita itu ingin letakkan syiling, dia tersenyum dan rasa bersyukur.
  4. Wanita yg bergaya itu ternampak lelaki bersut tercicir dompet putihnya lalu wanita itu lekas mendapatkan dompet itu. Wanita itu terus merapati lelaki itu lalu menyerahkan dompet putih itu. Seperti biasa, when a stranger come, pasti awkwardkan. Lelaki ini pun mcm terpinga-pinga. Tetapi pandangan matanya sudah cukup utk ucpkn terima kasih walaupun tidak senyum.
  5. Lelaki bersut tadi ternampak seorg lelaki yg baru pindah (mungkin) mengeluarkan bagasi yg besar dari but kereta. Dia terus menolong lelaki itu mengangkat dan terus menutup but itu. Lelaki yg baru pindah itu hanya tersenyum dan tiba di tempat meletakkannya, dia terus senyum dan terus memandang lelaki bersut.
  6. Lelaki yg baru pindah tadi membeli 1 hotdog untuknya. Namun apabila dia ternampak seorg gelandangan di tepi kedai, dia membeli 2 hotdog. Dalam perjalanan ke gelandagan itu, penjual burger tadi memberikan sebotol air minirel kpd lelaki tadi utk memberikannya kpd gelandangan itu. Apbila lelaki itu memberikan hotdog dan sebotol minirel itu, gelandangan itu hanya memerhatikan lelaki sambil melebarkan senyuman semsa lelaki itu berlalu pergi.
  7. Gelandangan itu terus mencapai telefon bimbit seorg remaja perempuan yg sebentar tadi duduk di depan kedai. Dia terus menyerahkan telefon bimbit itu. Memang muka remaja itu awkward sgt2. Takut2 stranger kan. Remaja itu mencapai telefon dan terus membalas senyuman dari gelandangan itu.
  8. Remaja perempuan itu melihat situasi yg menyedihkan di sebuah cafe. Di cafe itu, dia ternampak seorg wanita tua sedang memerhatikan seorg lagi wanita tuayg berstatus nenek. Nenek itu sedang memeluk cucu-cucunya yang baru tiba di kafe itu. Di sebabkan itu, remaja perempuan ini terus ke gerai menjual bunga disebelah kafe itu sahaja. Remaja itu terus ke wanita tua itu dan menghadiahkan sejambak bunga. Wanita tua itu terkejut lalu dia menganggap bahawa remaja itu seperti anaknya sendiri. 
  9. Wanita tua itu memegang lengan pelayan menandakan suruh bersabar kerana sebentar tadi, pelayan itu dimarahi oleh penyelianya. Pelayan itu terus mengemas meja wanita tua itu tadi. Namun, dia tersedar duit lebih itu ada tapi dia mengaggap sbgai tipsnya. 
  10. Pelayan itu lekas mengambil air kosong dari sebuah meja lalu memberikan kepada pekerja pembinaan yang telah membantu budak skate tadi. Kejadian ini disedari oleh penyelianya. Mula2 muka penyelianya amat marah namun bila dia nampak mahu memberikan kpd pekerja pembinaan itu, dia tersenyum. Pekerja pembinaan itu mengucapkan terima kasih.
Remaja perempuan tercicir telefon bimbit diberikan oleh gelandangan

Jadi dalam video ini bukan sahaja ingin menunjukkan kebaikkan yg kita lakukan, tetapi cara berterima kasih. Mula2 aku tgk video ini, aku tafsirkan sbgai cara berterima kasih. Cara berterima kasih mereka dengan senyuman, lirikan mata, anggukkan dan ucapan. 

Pelayan memberikan air kosong kpd pekerja pembinaan, diperharikan oleh penyelianya
Aku amat tertarik dgn komen ini. Komen ini diperolehi drpd video yg sama, tapi tajuknya diubah utk org melayu, "Mesti Tengok...Anda pasti akan share video ini setelah anda Lihat"
The ending
Akhirnya...setiap kebaikan yang kita lahirkan dr diri kita sememangnya akan kembali manfaatnya kpd kita juga. Itulah pola kehidupan dunia, yang setangah2 manusia menganggapnya remeh. Setiap kebaikan yg kita pernah buat sebelum ini,yg mungkin dah bertahun lamanya..telah pun memberi manfaat kpd manusia lain,mungkin telah dinikmati oleh saudara kita sendiri (disekitar dunia ini) malah mungkin telah berbalik kpd kita,yg dikenali sebagai kemajuan..Lahirkanlah perkara2 baik untuk masa depan kita :-) - paparockrazak
Itu sahajalah daripadaku untuk anda semua! Harap2 korg boleh buat mcm ni di luar sana, Insya-Allah.








Thursday, April 19, 2012

Trending Tweet: #OnlyInMalaysia

Salam semua!

Ingat tak dulu ada aku post video pasal My Generasi? Kali ni aku nak post video pasal #OnlyInMalaysia! Kedua2 video itu adalah keluaran JinnyBoyTV. Yang pasti best giler tgk video ni! Check This Out!


Greyson Chance
Satu-satunya part aku suka ialah part Greyson Chance. Kenal x? Dia ni artis YouTube from Oklahoma, United State of America. Dia famous sebab menyanyi lagu 'Paparazzi' by Lady Gaga menggunakan versinya tersendiri dan piano. Video itu telah menjadi terkenal dlm masa 1 hari sahaja! Dan aku adalah salah seorg Malaysian yg tonton video itu pada 1st day!

Kenapa aku suka part GC? Bukan sbb dia comel. Sebab dia cakap! Memang lawak!
Bos, Nasi Lermak satuh, Satehy, Kong Fuh Chaw, Kangkun belachann, Chow Khwee Tiau, and some fries and for drinks, milo beng. - Greyson Chance
Satu lagi lawak, bila dia mengedik masa nk mintak air. Part ke-2 aku suke ialah 'The Hand' is powerful dan 'The Hand' is 'Sometimes' powerful. Part yang bola tu best gak! Pakai baju fav team msing2, tgk bola satu rumah, bersorak utk MALAYSIA! And the last part aku suka. The ending of video,
Chelsea, BOOO! Manchester, whatever! Liverpool, pubhhhhh....
Greyson Chance mengedik
Disebabkan video itu, hashtag #OnlyInMalaysia dah menular ke Twitter. Boleh dikatakan 24 jam timeline bagi searching #OnlyInMalaysia bergerak dengan pantasnya! Aku salah seorg yg menymbang tweet. Ada tweet yang positif, negetif, nasihat, politik. Memang lawak aku baca. Kira #OnlyInMalaysia ni mcm #SoMalaysian gaklah.



Sampai sini sahajalah. Oh before that, I'm really sorry sbb lama tak update. Pasal post yg aku hebahkan kat Twitter tu, aku akan bgtau semula sbb xsiap lagi!


Friday, April 13, 2012

The journey of Account Student

Salam semua!

Kali ni aku nk cite sepanjang hidup aku bergelar pelajar Prinsip Perakaunan. Korg ingat aku ni dri kelas Perakaunan ke? Tak pe korg bace story aku ni dahulu...

YES! 5A 1B 2C! Result PMR ku....

Penilaian Menengah Rendah 2010

Bahasa Melayu                                A
English                                             C
Mathematics                                    A
Science                                            C
Sejarah                                            A
Pendidikan Islam                              A
Geografi                                           B
Kemahiran Hidup Bersepadu            A

First day school. Selepas rehat, nama ditampal di bahagian kelas. Mencari namaku. 4 al-Khawarizmi. Namaku tertera! OMG! Subjek tambahan kelas ni ialah Sains Sukan, Tassawur Islam dan ICT! WTF! Dahlah geng2 aku sumenye kelas aliran sains. Aku bgtau #Bonda tentang kelas 4 Khawa. #Bonda terus cadangkan aku masuk kelas Prinsip Perakaunan. My eldest brother pon cadang masuk kelas Akaun. So, bermulalah rayuan ku...

Beberapa org telah hantar surat utk tukar kelas. Tapi tidak dilayan. Jumpa face-2-face dgn Pengetua. Aku merayu kat Pengetua yg aku nk masuk kelas Akaun. Pastu dia kata, aku xkn berjaya sbb matapelajaran AddMath. Pastu, aku merayu gak dia yg aku hanya nk amik subjek AddMath. Lagi naik angin dia! So, kitaorg balik dri pejabat dgn tangan kosong.

Prinsip Akaun Assignment using computer
Rakan aku, #SyahmiAmri yg juga seorg atlet sekolah. Dia berhasrat utk tukar sekolah kerana dia tak boleh masuk kelas akaun. Dia berhasrat utk ke SMK Sultan Sulaiman. Dengan kata-kata utk tukar sekolah itu, pada 13 Januari 2010, Pengetua meluluskan dia dan sesiapa sahaja markah atas drpd dia tukar kelas termasuk aku. WAH! Sedap betul! Kerana dia seorg, org lain untung!

Mula-mula belajarlah subjek akaun. K. Fine. Simple. Masuk bab2 seterusnya, Masya-Allah! Sebab aku adalah generasi pertama yg gunakan silibus baru, jadi peninglah sikit blajar tuh! Aku pun dah lupa markah akaun aku time F4. Tapi yg aku ingatnya, mula2 tinggi then merudung then tinggi balik! Boleh kira aku di level B/C lah....

Time F5 memang aku dah agak muak dgn Akaun mula2. Kalau taip2 kali exam aku pasti boleh C dlm Akaun. Tibe mase Middle Exam, aku boleh D! WTF! Inilah akibatnya kalu xbuat latihan. Sejak cuti pertengahan tahun hingga akhir tahun, aku xpernah pun siap kerja2 akaun. Percaya tak? Kalau cikgu bagi 4 latihan, aku boleh siap dalam 2 sahaja. Sebab kekangan masa! Memang aku dah jemu dgn akaun.

Bila dpt D akaun, aku start buat apa yg aku paham. Tak faham aku tak buat dan terus tanya #ProfFaqih, Budak Bijak Akaun GSA. Kat tuition pon aku buat jugak latihan, tapi byk sgt cikgu tu bgi! So, xbuatlah. Kebanyakan latihan aku suka buat kat rumah ialah AddMath sbb mencabar minda.

Graduan GSA
Dengan berkat usaha aku slps dpt D akaun, Trial Exam Alhamdulillah aku dpt B ke B+. Dah lupa. Terkejut gaklah masa tu. Then #CikguAinu kata, "Awak ada potensi dpt A SPM nnt." Aku ingat ayat tu sampai harini. Lepas tu, #CikguAinu hadiahkan kpd sesiapa yg markah meningkat. Aku boleh hadiah sbb dari D ke B.


Korg ingat aku dpt B ni aku terus rajin ke? Kebanyakkan masa sblm exam, aku just tumpu kpd AddMath, Mathmode, Fz dan Kimia. Yg lain tu sentuh sikit2 je. Perangai aku yg dulu memang xkan dibuang. Jemu terhadap akaun.

Selepas habis last paper sblm Akaun, aku tak struggle mne study akaun. Mcm biasa, cikgu bg 4 aku jwb 2 sje.. heheheheh.... Nak buat cmne.

Semasa exam akaun, biasalah geng2 kelas aku, meniru, tye kwn dah biasa dah... Sampai ada bgi whole jwpn. Aku ada satu soalan aku mmg bengang sgtlah. Soalan sng tpi lupa. Nasib baik #WanKidin ade. Dia nmpk aku gelabah smcm, so dia bg jwpn dgn syarat aku bg jwpn kt dia. So ak pon bg jwpn kt dia, dia bg jwpn kt aku. CUAK gile bro! Dahlah first time menipu. Dan aku dan #WanKidin dahlah duduk depan sekali bersama #AbdulHadi.
After finish answering Paper 2 Prinsip Akaun with #CikguAinu

Semasa result keluar, kan aku ade cerita The Result tu, #Bonda bgtahu yg aku boleh result mlm sblm result keluar. Aku target dekat bahagian B tu BI mmg dah pasti. 1 B lagi tu ape. Aku anggarkan AddMath atau Akaun. Tup2 tengok Result BM dpt B! Prinsip Perakaunan, Alhamdulillah A+. Tak sangka boleh cam tu, sbb aku punya jawapan bukan balance dan aku pun letak rambang sahaja item2 tu!

Lupa, kalaulah Pengetua yg tak bg aku masuk kelas akaun tu ade, aku nk tunjuk result aku kat dia! Dahlah tak bagi sgt aku msk kelas akaun, dan tak bgi aku amik subjek AddMath.

Kesimpulannya, korg simpulkanlah sendiri erk....




Tuesday, April 10, 2012

#JanganAmbilPadangKami

Salam!


#JanganAmbilPadangKami yang bersiaran semalam di Astro Ria jam 9 malam hingga 10 malam. Aku tgk iklan dia nampak mcm best. Semalam aku trylah nk tengok. Tup2 #Bonda suruh teman hantarkan abg aku ke Stesen Bus. Dia nak balik ke Shah Alam sbb nk kije sane. Kije cat rumah kat Kajang. Biarkanlah. So, pergilah hantar dia. Balik rumah! Alahai, 9.45pm dah! 15 minit aje lagi nak habis! Redha jelah!

Tadi, masa aku syok duk layan 'Sekolahku Hebat kat Astro Ceria, Aku pun 'Info' then '104'. Pergh! Lepas Nada Cinta (2.30pm - 3.30pm) ada Jangan Ambil Padang Kami (3.30pm - 4.30pm)! Apa lagi! Terus tweet!

Kejam x tweet aku?
Sinopsisnya ialah kisah 7 orang sahabat yg tinggal di Flat Seri Bayu berjuang mempertahankan padang Flat Seri Bayu. Padang Flat Seri Bayu sering menjadi perhatian bagi remaja-remaja yg tinggal di flat itu. Di sana mereka beriadah di waktu petang. Lepak. Relax.

 

Namun pada suatu hari, satu papan tanda didirikan di padang menyatakan padang itu akan menjadi tempat pembangunan. Sejak daripada itu 7 sahabat ini berusaha untuk menyelamatkan padang itu daripada dirampas oleh orang lain. Ini akan menjadikan pengembaraan bagi 7 sahabat dalam usaha menyelamatkan padang itu. Setiap episode akan diselitkan dengan serba sedikit kehidupan senang susah masyarakat di bandaraya metropolitan itu.

So, dalam post ni aku xnk sebut pasal masalah politik. Dengar kata cerita ni mcm ada unsur politik. Entahlah...

Aku nak ceritakan mcm mana kehidupan masyarakat di dalam cerita ini. Maaf lah aku tak tahu nme watak diorg, aku just bgtau nama pelakon aje erk...


  • Beto sorg yg suke protect kan sesuatu. Dia yang mengetuai utk menghalang padang ini diambil.
  • Izreen sorg yg tomboy.
  • Elfira Loy yang memang gedik dan suka kan penampilan diri.
  • Naim adik kepd Beto. Sorg yg cpt melenting.
  • Syazwan yg mmg terpengaruh dgn agenda2 negetif
  • Shera wanita ayu dan cantik. Diminati Izzue Isalm
  • Izzue Islam, sorg yg kaya tp masih lepak dgn geng Flat Seri Bayu.
  • Adik Raykal adalah manga dera oleh ayahnya.

Cerita ni memang bagus! Susah nak cari pengarah film buat isu2 pasal kemasyarakatan. First cerita yg aku rselah Juvana. Cerita diluar lingkaran pemikiran kita. Cerita mengenai realiti kehidupan yg kita tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Konflik kemasyarakatan dalam kisah ini perlu diteladani agar tidak berlaku lagi dalam negara kita.

Memandangkan post ni cerita pasal kemasyarakatan jugak, saya nak ucap tahniah kpd Yang Berhormat Senetor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah berkhidmat dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2009 hingga 2012. Di atas segala jasa budi beliau amat saya dan masyarakat haragi.



Saturday, April 7, 2012

Jumaat di Kelantan

Salam semua!

Masjid Bandar Kuala Krai, Kuala Krai
Masjid Kerie
Hari ni hari Sabtu, kelmarin Jumaat. Tiap2 hari Jumaat, semua Warganegara Islam yg tercatat pada IC korg tu, wajin ke Masjid untuk Solat Jumaat. Kelmarin mcm biasa aku ke masjid dan topik khutbah berlainan tetapi pengisian sama. Masa aku duduk dengar khutbah *dengarlah sgt!* aku teringat zaman PLKN dulu-dulu. *Tak sampai sebulan dah kata dulu-dulu*


Yelah mcm mana tak ingatnye, betapa pelik lah jugak aku ada sebahagian drpd tu tak pernah aku buat di mana2 masjid termasuk KL dan Trg. Korg bace sendiri kat bawah ni apa yg pelik sangat!

  • Jumaat minggu pertama di PLKN. Ada 5 buah bas, 2 bas akan ke Masjid Keroh dan 3 bas akan ke Masjid Kerie (Kuala Krai). Kebiasaannya, Bas BTJ 1,2 dan Bas BTJ 4,5 akan bergilir2 ke masjid berlainan. BTJ 3 akan ke Masjid Kerie. Kebetulan aku naik Bas ke Masjid Keroh. Redha jelah sbb dekat. Kuala Krai kena pergi bandar, 30 minit perjlnan.
    Sumenye agak biasa sehingga ke Tahiyyat Akhir. Pergh lama gila! Drpd aku asyik buang masa merungut, aku baca berkali2 ayat Tahiyyat Akhir. 3 kali bacaan boleh beb!
    Aku bgtaulah kat kwn aku knp lama, aku pon bgtau kat diorg yg aku dah baca 3 kali Tahiyyat Akhir.
    Tak lama kemudian, semasa kuliah maghrib, #Fadhil menerangkan knp tok imam tu baca tahiyyat akhir lama, sebab tengah berdoa. Pastu sempat lagi dia kata, "Ada org tu kata sampai boleh baca Tahiyyat Akhir 3 kali." Apa lagi, aku terasa lah!
  • Semasa Khidmat Komuniti di Bukit Tiu, aku baru sedar yang kebanyakkan rakyat Kelantan tidak mendah atau mengaminkan doa pada doa antara dua khutbah dan doa penutup khutbah.
    Sejak drpd tu, ramailah jugak aku tgk yg tidak mengangkat doa.
    Lgpon ada tok bilal tidak membaca pun doa antara 2 khutbah dengan nyaring mengunakan speaker.
  • Ada kawan aku bg tau yg Khutbah ke-2 tu sangat pendek.
    Aku tak sedar lagi, bila datang Jumaat tu, eh yelah pendeknye.
    And sume full arab. Kat Trg pasti ada penutup dan translate ke BM.
  • Semasa aku solat Jumaat di Masjid Kerie, aku duduk di saf yg ke-2. Tibe2 aku ternampak papan tanda, "Laungan Azan: 10 minit selepas masuk waktu solat dan 15 minit selepas masuk waktu Subuh" Aku pelik, kenapa erk?
  • Masjid Mukim Keroh, Kuala Krai
    Masjid Keroh
  • Ini yg paling sedih, masa Jumaat terakhir di PLKN, #Fadhil ada jumpa imam di Masjid Keroh. #Fadhil tanya knp si Imam ni selalu jadi Imam di sini? Si Imam pun menjawab, "Sbenarnya ada 3 Imam Masjid Keroh ni. Sorg saya, seorg lagi dah meninggal dunia dan seorg lagi ada masjid pinjam tak hantar2" Betapa sadisnya mendengar cerita itu kerana di mana anak muda Kelantan? Jadilah pelapis si Imam ini.
Kesimpulannya, aku dah pelajari byk benda tentang solat Jumaat di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Jadi sama-sama kita ambil ilmu, ambil iktibar drpd kisah2 ini. Wallahualam....


Thursday, April 5, 2012

Ketakutan akhirnya pergi jua

Salam sume!

Ingat x post lepas ade aku katakan Darjah 6 ada kisah pahit aku. Now, aku nak cerita nih! Memang pahit-pahit-pahit sangatlah kisah aku ni. Kisah aku ni sampai nak masuk kes polis.

Aku masuk kelas aku. Then ada org bgtau, "Weh, kau bawak CD lucah ke?" Aku pun terpinga-pinga. Aku just jawab tak. "Ramdan dah bawa CD tu bg kt Sir Yan." #SirYan merupakan Guru Disiplin dan #Ramdan merupakan pengawas kelas belakang aku. Apa lagi, CUAKlah akunyer! Kecut perut! Balik sekolah, aku terus tak bermaya! Malam tu aku pening fikirkan tentang itu.

Then keesokkan harinya, #SirYan datang kelas aku pagi selepas bacaan doa. Dia panggil nama aku. Dia ajak aku ke bilik kecil pengawas. Dlm perjalanan dia tanya adakah aku tahu apa yg berlaku? Aku just jwb, tak tahu. Sampai bilik pengawas, dia mula soal siasat aku.

Gambar Hiasan
Aku xingat soalan mana pertama dia, tapi aku hentam jelah cite kat korg. "Kamu dapat mana CD lucah tu?" Aku just jawab tak tahu. Dia kata CD tu jumpa ketika #Syahmie dudukkat tempat aku then beg terjatuh dari kerusi maka melimpahlah buku aku atas lantai then terselit CD dlm buku teks English. Pastu ade gak dia bleber pasal kesalahan tu. Byk kali gak dia tye soalan cam 2. Then dia tanya, "Siapa yang ajar kamu tengok mende2 cam ni?" Aku jawab tak tahu. Dua soalan itu asyik ditanya. Sehinggakan dia mahu menamparku akibat tak bgtahu. Pastu aku kbo la aku dianaia. Dia suruh aku bgtau siapa mungkin suspek itu. Aku pulak tertuduh kawan aku, #Syahmie. Sbb dia and the geng selalu buli.

Aku pun pergilah panggil dia. Sampai kat bilik pengawas tu, #SirYan suruh aku duduk kat tepi padang depan dgn bilik pengawas. Dia soal siasat #Syahmie. Aku masa duk situ rasa sebak memikirkan apa yg bakal berlaku. Then #SirYan panggil aku. Kebetulan pulak #Syahmie merupakan saksi kejadian.

#Syahmie masuk kelas then ternampak sorg bdk darjah lain berlari keluar dari kelas aku. #SirYan agak marah semasa soal siasat. Dia terus capai telefon dan terus telefon polis! Aku and #Syahmie cuak gila babi! POLIS woi! "Pelajar saya tak mengaku gak pasal tu." Habis cakap telefon, dia terus bgtau aku yang perkara tu sampai kat polis dah dan media pun dah bersedia. Aku memang dlm keadaan lemah masa tu. Hanya Allah sahaja yg tahu masa tu aku cmne.


Lepas tu, #SirYan suruh aku and #Syahmie pergi ke bilik Guru Besar. Apa lagi! CUAK membabi buta! Muka pucat masuk. Then kami duduk. Kami berbual dengan dia. Then, at the end dia kata dia pasang CD lucah itu! OMG! Aku dgn #Syahmie apa lagi! Terkejut beruk! Kami saling berpandangan. Guru Besar tu tunjuk dulu kat kami CD tu. Jelas tertulis 'CD LUCAH'. Masa video porno tu ditayangkan, aku dan #Syahmie gelisah dan tak tengok langsung skrin komputer dia. Then perkara selesai. Dia suruh aku balik kelas.

Kebiasaanya aku ada kelas tambahan. Dek kerana letih tentang hal itu, aku pun mintak balik. Aku balik dgn lemah. Aku telefon #Bonda suruh #AbgLi the sulong sibling amik aku kat sekolah. Keluarga aku belum tahu apa berlaku. Balik rumah terlentang tidur keletihan.

Pukul 5petang, #Bonda balik dari kerja. Saat itu aku ceritakan segala yg terjadi. #Bonda terus terkejut dengan kisah itu. #Bonda agak marah gak. Sebab #Bonda memang ada alasan kukuh. Aku merayu kat #Bonda supaya xpayahlah jumpa Guru Besar.

Keesokkan harinya, macam biasa #Bonda hantar aku melalui pintu belakang. Then aku naik ke kelas. Balik dari sekolah baru #Bonda cerita yg dia pergi jumpa Guru Besar. #Bonda beri alasan yang memang kukuh! "Anak saya tak pandai pun main komputer. Bukak komputer xpandai inikan CD lucah tu. Lgpon kat rumah saya xde internet dan anak saya hanya duduk dlm rumah xkeluar pun dan hidupnya adalah TV."

Tidak dinafikan lagi sbb aku mmg zero dalam komputer! Lepas itu, Guru Besar tu kate, tutup dah kes. Tak akan bawa ke polis.

Sejak drpd itu aku amat fobia bila bertentangan dgn #SirYan. Aku juga fobia bila ada perhimpunan takut2 nama aku disebut. Dan keluar dari sekolah, aku rse xkn jejak kembali ke sekolah itu....

Itulah saat pahitku di SKSS1.

Aku tak pernah cerita hal ini kepada sesiapa pun rakan aku di sekolah dan mana-mana. Hanya aku, rakan sekelas, rakan baik ku dan guru2 serta adik beradik ku termasuk #Bonda sahaja yang tahu. Aku berani kerana aku telah sertai PLKN. Selama ini aku hanya sembunyi kenangan pahit ini agar luput di ingatan. Namun, aku mesti ceritakan mcm Perkongsian Terbuka dlm kelas CB! Walaupun aku tak bersalah, aku tetap mengeruni kisah ini....

Monday, April 2, 2012

Taman Syurga

Salam semua!

Hari ni aku berani nak ceritakan kisah GEMPAK aku di UOL! Bukan pasal aktiviti, tapi pasal satu perasaan yang dimiliki oleh lelaki dan wanita. LOVE. Yeah! Betul!

Ada sesetengah kwn aku kat sana dah berazam sebelum datang nak cari seorg girlfriend. Ada juga yg x keazaman pun, tapi sampai2 jumpe teman istimewa. Aku? Aku tergolong dlm golongan yg x berazam utk cari girlfriend. Mungkin bukan tiba masanya lagi agaknya.

Semakin hari, ramai si jejaka dah dapat teman istimewa. Port yang biasa untuk mengorat ialah Koperasi. Memandangkan koperasi pun depan blok-blok Wirawati, jadi tiada masalah untuk si Wira ke sana. Satu lagi port untuk mengorat ialah dalam kuliah. Setiap pagi ada kuliah dan ia digelar Taman Syurga oleh #UstazFadhil. #UstazFadhil ini merupakan pelatih dan AJK Disiplin di kem dan diiktiraf sebagai Imam Muda Terengganu. Apa hebat beliau ialah penyampaian ceramah dan sering menjadi imam di surau.

Ok, mukadimah saja tu. Aku ada TERMINAT. Faham ye, TERMINAT. Seorang wirawati dari kuliah aku. Aku kenal dia semasa Kuliah Modul Budaya Kerja. Memandangkan dia satu kumpulan dengan aku, jadi aku asyik tengok dia. Tengoklah, betapa hebatnya Taman Syurga. Aku just minat satu sahaja tentang dia, lirikan matanya yang bersinar.

Aku ingat lagi, semasa hari pameran kuliah budaya kerja, satu kumpulan kena siapkan gerai pameran. Aku incharge bahagian alatan sukan. Kadang2 byk gaklah dia tye aku pasal kerja. Aku just jawab dengan relaks. Ops! Lupa nak kenalkan nama dia! Nama dia #Sitsya (Aku pendekkan namanya).

Kuliah Budaya Kerja dah nak habis, so kawan sekumpulan aku, #Karim mintak sume nombor drpd wira and wirawati kumpulan aku. Aku apa lagi, ambil peluang salin sume no telefon tu. Yang wira aku akan kacau diaorg. Wirawati aku just nk no #Sitsya.

Selepas 2 minggu kelas Budaya Kerja, barulah aku bermessege dgn dia. Cuak gak msg dgn dia. FYI, dia seorg sahajalah wirawati yg bertuah msg dgn aku. Bila aku perkenalkan nama aku then dia balas msg "Jolow?" Aku pun pelik, apa benda ni? Aku pun tanye #Awi dan dia kata maksudnye 'Betul ke?' Sejak itu #Karim dan #Awi sahja tau yg aku minat dia.

Aku massge dgn dia hanya 2 minggu. Then aku stop sebab aku anggap aku syok sendiri. Tiba-tiba, dia hantar msg kpd aku sbb nk tahu keputusan bola sepak antara Kelantan vs Trg. Ingat x lagi bila Klate vs Ganu? Kat kem aku, diaorg pasang projector dan pancarkan kat cafe memandangkan cafe ada astro. Wira sahaja boleh tengok. Aku hantarkan keputusan bola sepak. Walaupun sending fail sokmo. Kami kat sana dah biasa, malam2 pasti line takde. Lepas itu, aku lagak biasa sahaja depan dia.

Aku masih ingat kata-kata #CikguAmre yang mengatakan bahawa, Cintailah sorg wanita itu berdasarkan matanya. Aku terkejut then aku tengok dia. Dia xbalas pon. biarkan sahajalah.

Minggu terakhir, juru gambar yg ditugaskan ambil gambar datang menghantar gambar. Kami beli gambar. Malam tu, aku pergi dorm sebelah Dorm F Kompeni Charlie gak. Saje2 pergi nak lepak. Aku pun tgk gambar kompeni. Tengok sorg demi seorg. Then ada sorg menerpa kami, #Kimi. Dia pun bgtau kami, "Eh, lawo gok dia ni kan?" sambil menunjuk #Sitsya. Aku just watlek watcool. #Kimi ni dahlah smart orgnya. So, kalau aku lawan dgn dia pasti dia mng. Pastu dia kata nak nombor #Sitsya.

Kompeni Charlie

Malam Simfoni Memori. Tamat sahaja majlis tu, cikgu benarkan kami berjumpa antara wira dan wirawati sebelum jam 12 malam. Selepas jam 12 malam, kawalan ketat oleh cikgu serta kem komanden dan Crown Family. Aku memang kena selsema malam tu selepas habis sajak. Aku just duduk relaks dan perhatikan persekitaran. Tiba-tiba aku ternampak #Kimi dan gangnya. Dia ckp dgn gengnya mau amik gambar dengan #Sitsya. Korg tahulah mcm mana perasaan aku. Masa tu, aku dah stop sukakan #Sitsya. Tapi nasib baik #Kimi ni tak berani untuk bergambar dgn dia kerana malu.

Ada seorg lagi wirawati aku minat, tapi dia garang sangatlah. Thankslah to #AsyrafAidee sbb nk berusaha adjustkan aku dgn wirawati tu.

Tak mengapalah aku belum jumpa sorg girlfriend. Tapi aku akan berusaha untuk mencari Tulang Rusukku. Insya-Allah


Gurauan membawa padah

Salam semua!

Sejak kebelakangan ni, aku asyik buntu aje nk cite ape kat blog ni. Isu-isu semasa aku ketepikan dulu sebab masih belum hangat bagi aku katakan. So, tadi aku ade bukalah blog Dabir Remaja. Aku check segala peristiwa aku dari pengakhiran post sehingga the first post! Memang nak nangis adalah kenang byk perkara.

Aku akan kongsikan kisah ini kepada korg. Kisah di mana berlaku di sekolah melibatkan isu perkauman.

Kes tu berlaku pada 2006 masa tu darjah 6. Senior Year kat sekolah rendah. Darjah 6 ada byk peristiwa pahit aku di sana. Buat masa sekarang, aku xnk cite lagi. Fokus pada cerita tadi.

Sekolah aku ni special sikit. Sekolah tengah bandar dan menjadi tumpuan umum. Jadi, 3 kaum yg bersekolah disitu. Tapi mejoritinya Melayu. Jadi pentadbiran sekolah tu sediakan hanya 2 kelas untuk kelas campuran atau kelas perpaduan. Kelas perpaduan dalam ranking pertama ialah Rasional. Kelas ni kelas elite untuk semua kaum. Manakala kelas perpaduan no-2 ialah Inovatif. Kelas ini merupakan kelas tengah diantara Golongan Pertengahan dan Belakang.

Aku belajar di kelas 6 Inovatif dan aku dipangkatkan sebagai Ketua Kelas. Pelbagai kerenah berlaku. Yang pasti ada mereka berpuak. Golongan Melayu tidak berapa gaul sgt dgn India dan Cina. Kadang-kadang aja. Mereka lebih tertumpu untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka terutama gadis India. Mereka memang bertuah kerana senang untuk meniru. Sebabnya, mereka komunikasi antara satu sama lain. Benci aku!

Kembali kepada kes tadi, masa rehat, ada satu kelompok yang terdiri drpd golongan Cina dan India selalu makan bersama. Kadang-kadang mereka makan di pondok. Kadang2 mereka makan di belakang bangunan. Memang ceria tengok mereka.

Rehat berlalu 10 minit. Tiba-tiba, seorang lelaki India yang kuberi nama #Kumar (Bukan nama sebenar) bising dari tangga lagi. Disebabkan kelas 6 Rasional dibawah, dia terpaksa naik tangga ke tingkat atas untuk ke kelas aku. Dia terus menuju ke kelas aku.

"Woi! Que (Bukan nama sebenar), kau bagi apa aku makan tadi?" #Kumar tanya #Que, seorang Cina yang muka selamber sokmo. "Mana ada apa-apa," #Que jwb dgn selamber. #Kumar hampir hendak bergaduh dengan #Que. Tapi #Que menunjukkan respon postive dengan berlagak utk berlawan dgnnya.

"Kau bagi aku makan DAGING ke, ha?" #Kumar naik angin. "Ya, kenapa?" #Que jawab dgn relaks aja. "Kau tahukan lembu tu Tuhan aku? Kenapa kau bagi aku?!"

Aku as ketua kelas masa tu mencelah, "Woi, apa ni?!" #Kumar masih marah. "Kumar, apa kata kau balik kelas kau dulu." #Kumar berlalu pergi.

Aku masih terpinga-pinga tentang kejadian tu. Aku tanya kawan aku yang tahu dan mereka bagitau yg #Que telah beri #Kumar makan daging lembu. Orang India dilarang memakan daging lembu kerana mereka percaya bahawa lembu itu adalah Tuhan mereka. Kemungkinan si #Que ni saja nak bergurau dengan #Kumar agaknya. Tak sangka pula #Kumar ini taat juga pada agama Hindunya itu.

Keesokkan harinya, aku tanya lagi kepada rakan aku apa kesannya. Rakan akumenjawab dia tidak lagi dibenarkan masuk ke kuil. Kesian. Dan sekarang aku tak tahu kemana kedua dua ni menghilang. Harap2 kisah tu telah luput dan mereka berbaik.


Moral of the story is Integrasi. Kita as rakayat Malaysia perlu menghormati agama lain. Di PLKN sendiri terdapat satu modul iaitu Integrasi. Dalm modul tu terbahagi 3 sub modul iaitu, Kebudayaan, Keagamaan dan perana lelaki/wanita. Fokus post ini ialah Kebudayaan dan Keagamaan. Masyarakat Melayu perlu menghormati masyarakat lain dengan mengetahui kebudayaan mereka. Dlam kelas ni jugak kami belajar mengenai agama-agama yg terdpt di Malaysia. Bila kita tahu tentang sesuatu agama itu, maka kita boleh menghormati agama itu dan terus mewujudkan perpaduan! 1 MALAYSIA!