All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.
Okey, kali ini aku nk tebus balik post2 yg lama xaku update! Kali ini aku nak cerita pasal 'Terima Kasih'. Apa2 pun, korg sume layan dulu video ni! (pastikan korg tutup lagu tema blog aku kat footer ni! Sebab lagu dlm video ini dikire best la jugak!)
Tajuk video ini adalah Kindness Boomerang yang bermaksud Kitaran Kebaikan. Diterbitkan oleh Life Vest Inside sebuah NGO di United State of America yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kebaikkan.
Analisisku terhadap video ini,
Budak skate membantu warga emas melintas jalan
Bermula dengan seorg budak yg bermain skateboard tiba-tiba terjatuh. Pekerja pembinan baru sahaja keluar dari kedai terus mencapai majalah budak itu dan mengangkatnya berdiri. Ada kata2 keluar dari mulut budak itu. Bila beredar, dia memandang pekerja pembinaan itu dan terus senyum sambil mengangguk tandanya Terima Kasih.
Pandangan budak skate tu ke 2 situasi. Dia memandang 3 kawan perempuan skate itu yang mengajak berskate lagi. Pandangan ke-2nya ialah ke arah seorg warga emas yg sedang membawa 2 beg kertas yang penuh dgn barang dapur. Budak itu lekas ke arah warga emas itu dan menolong membawa dan membimbit. Bukan sahaja menolongnya membawa tetapi melintas jalan jugak! Cara warga emas itu mengucapkan terima kasihnya adalah dgn senyuman dan anggukkan.
Warga emas itu melintasi seorang wanita yg amat bergaya. Wanita itu sedang mencari duit syiling utk parking keretanya. (Mana keretanya?). Warga emas itu terus memberikan duit syiling miliknya kepada wanita itu. Warga emas itu menepuk tangan Wanita itu dengan senyuman walaupun Wanita itu sedang terpinga-pinga. Semasa Wanita itu ingin letakkan syiling, dia tersenyum dan rasa bersyukur.
Wanita yg bergaya itu ternampak lelaki bersut tercicir dompet putihnya lalu wanita itu lekas mendapatkan dompet itu. Wanita itu terus merapati lelaki itu lalu menyerahkan dompet putih itu. Seperti biasa, when a stranger come, pasti awkwardkan. Lelaki ini pun mcm terpinga-pinga. Tetapi pandangan matanya sudah cukup utk ucpkn terima kasih walaupun tidak senyum.
Lelaki bersut tadi ternampak seorg lelaki yg baru pindah (mungkin) mengeluarkan bagasi yg besar dari but kereta. Dia terus menolong lelaki itu mengangkat dan terus menutup but itu. Lelaki yg baru pindah itu hanya tersenyum dan tiba di tempat meletakkannya, dia terus senyum dan terus memandang lelaki bersut.
Lelaki yg baru pindah tadi membeli 1 hotdog untuknya. Namun apabila dia ternampak seorg gelandangan di tepi kedai, dia membeli 2 hotdog. Dalam perjalanan ke gelandagan itu, penjual burger tadi memberikan sebotol air minirel kpd lelaki tadi utk memberikannya kpd gelandangan itu. Apbila lelaki itu memberikan hotdog dan sebotol minirel itu, gelandangan itu hanya memerhatikan lelaki sambil melebarkan senyuman semsa lelaki itu berlalu pergi.
Gelandangan itu terus mencapai telefon bimbit seorg remaja perempuan yg sebentar tadi duduk di depan kedai. Dia terus menyerahkan telefon bimbit itu. Memang muka remaja itu awkward sgt2. Takut2 stranger kan. Remaja itu mencapai telefon dan terus membalas senyuman dari gelandangan itu.
Remaja perempuan itu melihat situasi yg menyedihkan di sebuah cafe. Di cafe itu, dia ternampak seorg wanita tua sedang memerhatikan seorg lagi wanita tuayg berstatus nenek. Nenek itu sedang memeluk cucu-cucunya yang baru tiba di kafe itu. Di sebabkan itu, remaja perempuan ini terus ke gerai menjual bunga disebelah kafe itu sahaja. Remaja itu terus ke wanita tua itu dan menghadiahkan sejambak bunga. Wanita tua itu terkejut lalu dia menganggap bahawa remaja itu seperti anaknya sendiri.
Wanita tua itu memegang lengan pelayan menandakan suruh bersabar kerana sebentar tadi, pelayan itu dimarahi oleh penyelianya. Pelayan itu terus mengemas meja wanita tua itu tadi. Namun, dia tersedar duit lebih itu ada tapi dia mengaggap sbgai tipsnya.
Pelayan itu lekas mengambil air kosong dari sebuah meja lalu memberikan kepada pekerja pembinaan yang telah membantu budak skate tadi. Kejadian ini disedari oleh penyelianya. Mula2 muka penyelianya amat marah namun bila dia nampak mahu memberikan kpd pekerja pembinaan itu, dia tersenyum. Pekerja pembinaan itu mengucapkan terima kasih.
Remaja perempuan tercicir telefon bimbit diberikan oleh gelandangan
Jadi dalam video ini bukan sahaja ingin menunjukkan kebaikkan yg kita lakukan, tetapi cara berterima kasih. Mula2 aku tgk video ini, aku tafsirkan sbgai cara berterima kasih. Cara berterima kasih mereka dengan senyuman, lirikan mata, anggukkan dan ucapan.
Pelayan memberikan air kosong kpd pekerja pembinaan, diperharikan oleh penyelianya
Akhirnya...setiap kebaikan yang kita lahirkan dr diri kita sememangnya
akan kembali manfaatnya kpd kita juga. Itulah pola kehidupan dunia,
yang setangah2 manusia menganggapnya remeh. Setiap kebaikan yg kita
pernah buat sebelum ini,yg mungkin dah bertahun lamanya..telah pun
memberi manfaat kpd manusia lain,mungkin telah dinikmati oleh saudara
kita sendiri (disekitar dunia ini) malah mungkin telah berbalik kpd
kita,yg dikenali sebagai kemajuan..Lahirkanlah perkara2 baik untuk masa
depan kita :-) - paparockrazak
Itu sahajalah daripadaku untuk anda semua! Harap2 korg boleh buat mcm ni di luar sana, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment