Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Wednesday, December 14, 2011

Jangan Aibkan Cinta

Salam guys!

Semalam dekat Facebook kecoh tentang satu video yang telah diupload pd 27 Ogos 2010. Video tentang kisah benar di X Fresh FM. Cakap tentang X FM ni, lama dah aku tak dengar. Zaman dulu2 kala dengarlah sekali sekala.

X FM atau X Fresh FM

Tak nak cakap banyak! Korang tgk video bawah ni. Then baca my opinion bout this case!



Pasti ramai kata, "WTH perempuan ni?" "Mata duitan" "Perempuan yang tak guna" STOP IT! Hentikan andaian korg! Kalaulah korg rasa kan, this is true story or just fake utk lariskan pendengar radio? Biarlah ianya true story ke just fake, kita kena ambil pengajaran terhadap kisah ini.

Before I bgtau korg my opinion, korg rasa siapa salah?
Cakap pasal siapa salah dalam kes ni, teringat aku time pergi ke Program Perpaduan Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2010 kat Setiu. Semasa malam kita sampai, ada breaking Ice sebentar. Pemilihan Menteri, ternyata aku menteri kumpulan 2. Selepas itu, konsultan suruh baca satu kertas ada sebuah kisah. Kisah mengenai kematian Puan Sarat akibat melahirkan anak. Dalam kisah tu, tertera beberapa individu dan kumpulan berkepentingan yang mana harus dipersalahkan. Tak nak cakap banyaklah. Masa tu, berbahas beberapa peserta. Peserta yang paling cemerlang bahasnya menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Selesai kisah itu, my opinion is SEMUA BERSALAH! Percaya x? Mungkin korang tak setuju dengan pendapat aku ni. Jangan berhenti baca lagi! Baca sehingga habis.

Pertama-tama sekali yang bersalah #Sheral, si perempuan. Dalam perbualan itu, mungkin kita memikirkan banyak benda negatif mengenai perempuan ini. YES , TRUE! Cara percakapan pun dah macam gedik-gedik. Bila Brother Love tanya dia jawab dengan sombong. Menyatakan si lelaki yang dia minati itu kaya, kacak dll. Tetapi yang bagusnya tentang perempuan ni, dia memikirkan masa depan tetapi banyak memikirkan masa depan ke arah negatif. Satu lagi, perempuan ini kuat melenting lah. Bila Brother Love tanya yg si #Samad itu dah berusaha, dia lantas menjawab #Samad tidak berusaha.

Orang kedua yang patut dipersalahkan ialah #Samad. Aku taulah kau ada masalah tentang cinta, tapi apasal kau pergi hebohkan cerita kau ni? Kau ingat semua orang dalam Malaysia ni nak dengar suara kau mengadu putus tunang. *Kasar* Aku paham perasaan dia bila nak putus tunang, tapi jgn lah sampai satu dunia kau nak bgtau. Satu lagi, kau penjual burger. Elok dah tu, tapi kau tak boleh ajak si #Sheral bertunang dan nak kahwin dalam masa kegawatan ekonomi pada diri kau. Sepatutnya, tunggulah biar berduit banyak sikit, boleh tanggung isteri. Menurut si #Sheral, kau tahu cakap saja tapi xde usaha? Betul ke. Kalau bg #Sheral ni betul, memang patut kena putus tunang.

The third one is Brother Love and X Fresh FM Company. Yang korg siarkan benda-benda macam tu apahal. Benda itu peribadi. Sagmen tu melampau sangatlah! Ini telah mengaibkan sesebuah ikatan! Silap2 punca merekalah ramai yang bercerai dan putus tunang/kasih. Aku tahu dalam lembaran kerja sebelum projek ini berlangsung menyatakan yang positif seperti mahu menyelamatkan rumah tangga, mahu memberi pengalaman kepada pendengar dll. Tapi tak kena pada situasi. Jadi X Fresh FM Company adalah pesalah yang terbesar dalam kes ni kerna menyiarkan sebegitu.

Terpikir pulak, ni mesti berlakon sahaja kan? Kalau aku jadi si #Samad or #Sheral, sudah pasti aku saman X Fresh FM kerana mengaibkan mereka. Mungkin tak sebab mungkin dah ada satu perjanjian kepada #Samad agar segala yang berlaku tidak boleh di report atau saman.

Siapa salah, bergantung kpd pendapat korglah. Jgn pertikaikan opinion aku ni! Ambil iktibar kepada kejadian ini.

No comments: