Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Thursday, December 8, 2011

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Salam guys!

Korg pasti music addiction kan? Aku pun. Kadang2 lah! Tapi aku lebih suka lagu english! Sebab lagu english yg kebanyakkan aku dengar tak byk mana pun yg tema CINTA! Mcm #Matluthfi katakan dlm video Rant on Lagu CInta! Check this out!


Okey. Korg dah tengok video nih kan. Back to the main topic! Lagu ni first lagu Melayu yang aku research! Lagu ini penuh dengan makna tersirat dan sindiran yg ditapis! Terbaiklah #Malique!

AKU MAAFKAN KAMU by MALIQUE ft JAMAL ABDILLAH


Show on the lirik pelase!

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
 Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak


Korg boleh terangkan tak maksud kosa kata serta maksud keseluruhan lagu ini? Aku memang tak boleh nk terangkan! So, aku research lirik lagu ini. Menyedihkan, aku jumpa sedikit saja! So aku cedop sikit. To empunya post dibawah, saya amat hargai korg!

Kosa Kata based on ahsfantasy24's blog
  1. Kopak; pecah.
  2. Daktil; jari tangan.
  3. Batil; tidak benar
  4. Isolasi; pengasingan.
  5. Dalil; keterangan yang menjadi bukti sesuatu kebenaran.
  6. Aspirasi; Keinginan yang kuat.
  7. Paksi; garis.
  8. Guni; karung.
  9. Halusinasi; pengalaman melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan fikiran.
  10. Ihsan; perbuatan yang baik.
  11. Artileri; pasukan tentera yang bersenjata meriam.
  12. Jitu; tepat.
  13. Rahi; berahi.
  14. Hak Miranda; hak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung di Amerika yang memberikan hak kepada pihak tertuduh untuk berdiam diri di luar mahkamah.
Kosa Kata based on V12gather's blog
diisolasi - diasingkan (dihindar), isolate/isolation/isolated.
daktil - jari (tangan atau kaki)
inkarserasi - incarceration (pemenjaraan), b.inggeris
halusinasi - halucination (khayalan)
artileri - meriam
auditori - perkara berkaitan pendengaran
acap - selalu
acapkali - seringkali
neraca - timbang dacing
kurambit - kerambit
kacip - kacip ni macam gunting tapi bukan untuk memotong, lebih kepada membelah (to crack)
rahi - berahi
teratak - bukan rumah, tapi lebih kepada pondok. kalau rumah pun, kira rumah yang kurang sempurna sifatnya, asal ada. macam pondok wakaf...
Untuk pencarian maksud memang susah nak cari! Aku jumpa satu saja!

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Di situ bermula kisah sang penulis, hidup di bawah tempurung. Mindanya tak terbuka,tertutup.

Kemudian sang penulis keluar dan berjumpa dengan orang, dan dia tersalah jumpa orang. Orang itu merosakkan hidupnya,orang itu menjahanampak hidupnya.

kini sang penulis itu sedar, dia pernah membuat salah waktu dulu.
Copy-cat from Sangmusafirdunia's blog
For me, semua kosa kata dan maksud diatas adalah benar! Susah gile aku nk rungkai ayat2 dalam ini! Dalam masa 24 jam dah aku fikir! Korg tau maksudnya? Kalu korg tau, bgtau aku erk!

2 comments:

nabihah said...

based on apa yg aku n kawan aku bincang la kan, mksud untuk rangkap:
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda


jangan sebut nama orang besar (pengetua, PM, or sape lg), nnti datang puak2 diorang serang balik. that's why kita kena fikir dulu sebelum nak cakap something. hak miranda - perlu diguna so that terselamat. sebab kadang2 even kita betul, tapi kita boleh dituduh salah. sekian. just my 2 cents

اذهار said...

Terbaikkkk..