Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Wednesday, December 14, 2011

Harta Pusaka

Salam guys!

Sering kita tgk cite dlm TV, bila seorg lelaki yang beristeri dan ada anak pasti ada harta tinggalan pusaka. Lepas itu mulalah konflik rebutan harta. Bla bla bla! Cerita Melayu dan Indonesia memang byk camni. Aku tak tahu kenapa? Korg tau?

Biasalah kalau seorg jutawan itu meninggalkan harta pusaka yang banyak dan didermakan kepada anak-anaknya mahupun rumah kebajikkan. Tetapi satu kejadian pelik dan mampu diambil iktibar oleh kita semua.

Seorang balu jutawan hartanah di Roman telah meninggalkan $13 million dolar bersamaan RM 39 Juta kepada seekor kucing jalanan yang diselamatkan oleh wanita itu. Balu jutawan hartanah itu bernama Maria Assunta meninggalkan wang tunai, harta-harta di Rome, Milan dan sebidang tanah di Calabria kepada kucing yang berumur 4 tahun, Tommasson selepas Maria Assunta meninggal dunia dua minggu lepas.

Maria Assunta menyuruh jururawatnya menjaga Tommasson kerana dia tidak mempercayai mana-mana rumah kebajikkan haiwan. Kini, jururawat itu bersama Tommasson dan beberapa ekor kucing lagi tinggal di luar negara Rome dan dirahsiakan tempat tinggal agar Tommasson tidak menjadi mangsa buruan pihak lain yang inginkan hartanya.

Berikut Senarai Haiwan Terkaya Di Dunia:
1. Gunther IV, seekor anjing: $372 millions
2. Kalu, seekor Chimp: $80 millions
3. Tommasson, seekor kucing: $13 millions
4. Trouble, seekor anjing: $12 millions

Berita versi Bahasa Inggeris di Philly.com

No comments: