Stalker

First Published December 5,2011

© Kryptonite

© Wan Syahin


All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of the publishers.


Instagram

Friday, November 2, 2012

94.1km

Assalamualaikum!
Salam 1 Malaysia!

Entry kali ini bertajuk 94.1km. Korg tau apa makna tu? Cuba korg bygkan sejauh manakah 94.1km tu dpt bawa korg. Bagi aku, 94.1 km ini adalah jarak ini. Check this out!



Yes! Betul! Jarak antara rumah aku, Batu Burok ke UiTM Dungun! Dan UiTM Kampus Dungun lah aku akan sambung belajar nanti! Walaupun agak terkilan tidak dapat di negeri org atas course yg boleh iaitu UiTM Melaka dan UiTM Perlis, tapi aku bangga sebab boleh balik tiap2 minggu!

Pandangan Course Yang Diterima

Setahu sahaja aku dpt UPU course Diploma in Accounting of Information System, aku terus call #Bonda. Lepas itu, aku suruh #Bonda tanya kawan dia apakah course aku boleh ini. Pada hari itu jugak aku text kpd #PnAinuFarha, cikgu account aku. Dia kata course ini bagus sbb menggunakan komputer + Akaun. Course mcm inilah ramai org cari.Then, #Bonda call kata course ni bagus. Ramai yg ucap tahniah dan sarankan aku pergi. Thanks all.

Pengumuman Penempatan UiTM

Pagi itu, aku berjanji dgn @NaimMad utk ke sekolah. Jumpa kaunselor, tanya pandangan. Pagi sampai sana, terserempak dgn #pikah anak teacher Latifah. Dlm tu kitaorg borak2 pasal UPU. Mengumpat. Then, Cikgu Naza masuk. @NaimMad dah rancang dgn aku kalau org tanya dia course apa, just jawab in english. Baru kelasss! Tapi bila org tanya @NaimMad, dia pun jawab in Malay.

Jam menunjukkan 10.30 am. Ramai kawan aku dah sampai. Aku mmg dah anggap, walaupun UiTM bgtau penempatan akan diumumkan pukul 11 pagi, tapi ia akan diawalkan. Mcm UPU, aku check pukul 10.30am like a boss check utk kwn2 aku sekali. Masa tu jugak aku pinjam laptop kawan aku. Bukak laman web UiTM Online. Then, OMG! Dah bukak! Bukak je masuk IC, OMG! Boleh Dungun! Jerit satu bilik kaunseling! Lepas tu, aku mintak kebenaran cikgu utk print. CIkgu bagi lampu hijau. Print it out!


Group UiTM Kampus Dungun 2012/2013

Selepas beberapa hari, #AmirulAqil atau aku panggil #Amir semasa di PLKN sbb kami satu kumpulan dlm kelas CB, dia masukkan aku dlm group tu. Terkejut gak aku. Semangat sampai buat group. Tak kesahlah, asalkan Thanks to @HairieHashim.

Mula2 group tu mmg meriah dgn cerita2 tentang UiTM Dungun, Kolej, Course, MDS dll. Lepas itu dihangatkan lagi dgn gurau senda. Saja nak berkenalan sblm pergi sana. Pastu, lama2 makin sunyi. ENtah kenapa. Yang paling aku kecewa, takdepon coursemate aku lelaki, sumenye perempuan. Sabar jelah.

AKu kadang2 kesian gak tgk @HairieHashim jawab soalan yg sama. Takpe @HairieHashim, aku akan undi kau utk jadi Penghulu nnt semasa MDS! Setuju semua?!

Yayasan Terengganu

Uncle aku dah bgtau, nnt jgn lupa amik duit yayasan. Then aku ajak @NaimMad pergi amik borang kat Yayasan Terengganu. Then @azim_ramlan94 pon nak pergi gak. So kitaorg pergi sama2 naik kereta @azim_ramlan94. Takpe, dia dah lama ada lesen. Time tu aku xde lesen ag.

Memang kalut nk cari tandatangan ADUN. @azim_ramlan94 kata yg tandatangan ADUN tu ialah Che Mat Jusoh (CMJ). Sape tak kenal, bukan anak terengganu. AKu pun hantar surat tawaran ke Pejabat Parti Melayu DUN Batu Burok. Actually, ADUN Batu Burok adalah milik Parti Islam, tapi kerana aku duduk di negeri berkerajaankan Parti Melayu, terpaksa amik tandatangan Parti Melayu. Segala dokumen2 yg diperlukan, aku mintak tandatangan dgn JKKK kampung aku. Tak mudah, just hantar then petang amiklah.

AKu dimaklumkan bahawa ada majlis penyerahan duit yayasan. 1 minggu sblm majlis tu, baru aku terhegeh-hegeh pergi hantar borang. Nasib baik tak ramai. Hantar, wait, dia bgi kertas jemputan ke majlis.

Majlis Penyerahan Duit Bantuan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak. Memang strees kot. Takde kawan lelaki nk pergi ke sana. @NaimMad dan #FaqihMohd dah ada kat UMT utk WPP PTPTN. So, diaorg terus ke Stadium. @azim_ramlan94 mmg lambat nak pergi. So aku cadang pergi dgn #MaizatulHakimah dan @nahi_syafikah.Diaorg pergi dgn motor gak sbb takut naik kereta jam. Padahal sampai sana tak jam pon.

Aku sampai di Stadium. @NaimMad menunggu kehadiran aku. Lepas tu, kami naik ke tingkat 2 utk sesi pendaftaran. PERGH! Ramai gila org. Beratur ikut DUN. AKu pun carilah ADUN Batu Burok. Sampai kat area Parlimen Kuala Terengganu, WTF! Takde org langsung! Kat Area Parlimen Besut, Setiu penuh gila sesak kot. Sampai terhimpit2 nk lalu. Senang dan mudah saja daftar. Then pergi solat. Sblm tu ternampak dgn @azimlee. Dia baru nak daftar. Lepas solat baru shake hand dgn dia.

Lepas solat, masuk dlm. Cari seat. Jumpa #FarisHusaini. Aku duk siu dlm 5 minit gak. Tetibe kwn aku tanya yg aku amik Diploma kan? Dia suruh aku cari kertas warna biru utk Diploma kat seat depan2. AKu duk dekat geng2 Asasi dan Matriks yg warna pink. Terus aku tarik @NaimMad pergi depan. Sampai kat sana ada org panggil aku. Rupanya @NazrenHasan, @Azhar_sky94 dan #Shimah. Mereka satu DUN dgn aku! Kami mmg berborak rancak. Sampaikan semasa Mat Said berucap pon kami bergalak. Biasakan diri. Then dapat duit. Tunggu kawan2 Asasi dan Matriks sbb diaorg duk belakang jadi lambatlah.


Artikel ini ditaip sblm aku masuk UiTM, maaf kerana lambat publish....
Act, byk benda nak cerita sblm aku masuk UiTM ni, apakan daya internet susah nak dapat, lagi2 aku yg xde lappy ataupun NoteBook 1Malaysia. Ikuti selanjutnya kisah aku dan kawan2 aku di UiTM dgn artikel selepas ini, Insya-Allah

Friday, May 25, 2012

Like a boss driving on the road!

Salam 1 Malaysia!
*Malaysia Boleh!*

Kesian korg tunggu post terkini blog aku kan? *perasan lebih* Al-maklumlah, dalam minggu ini sibuk memanjang tetang persediaan ke UiTM. Eh, korg tak tahu lagikan aku boleh UiTM mana? *Yg dah tahu, silent* Insya-Allah, setelah selesai segala urusan ini, aku akan ceritakan bait2 dari 8 Mei hinggalah ke hari yg aku update. Setelah lama tak polish blog ini, akhirnya aku segera mengkilatkannya lagi. *Ayat terbaru utk ganti karat*

Panjang pulak mukadimah aku kan? Straight to the point. Aku nk cerita tentang, BiTARA Kelas D! Korg tahu tak apa itu BiTARA? Kelas D? OKey, ini khas utk yg tak tahu terutamanya @iamazimghazali. BiTARA ini adalah kelas memandu yg paling famous di Kuala Terengganu. Kat Kawasan KT ni ada 3 Institut Memandu iaitu, BITARA, Ganda dan PSM. Aku prefer BiTARA sbb tak jauh mana dari rumah aku berbanding Ganda di daerah Marang dan PSM di Stadium Gong Badak. Kelas D ini adalah utk lesen kereta.

Selepas SPM, Bonda suruh aku daftar utk buat lesen kereta. Aku menolak. Alasannya? Nak pergi PLKN sudah. Tak sempat punya. Takut2 lesen mampus pulak. *Padahal takut bawak kereta* Aku daftar lesen memandu bukan dengan BITARA tetapi Sekolah Memandu IMANAT. Semua keluarga sebelah #Bonda dan my sibling daftar situ kecuali my 2nd bro, #BroSyam. Dia selalu sgt ikut cakap kawan dia. Sbb tu dia pergi kat PSM.

-IKLAN-


Mahu belajar kereta dan motor dengan mudah? Tak nak beratur panjang dan menunggu lama test JPJ?
Kami ada jawapannya! Utk daerah Kuala Terengganu, anda boleh mendaftar di Sekolah Memandu IMANAT yg berpangkalan di Sekolah Memandu BITARA. Hanya hubungi:

Puan Norizan Ngah: 013-9237833
Encik Zainuddin Awang: 019-9833833
-IKLAN TAMAT-

Lepas PLKN, barulah aku terhegeh2 nk buat lesen. Sedangkan kwn2 aku lain siap main Fast and Furious dah. *Impak Maksima pun boleh* Dah janji dgn Bonda, nk buat selepas amik Result. 4 April, aku hadiri kursus Kelas D. Nyata jelas nampak budak2 PLKN ramai. Schoolmate aku, @syazatty pun ada! Kelas tu camne? BOSAN nk mampus! Harap aku buat muka dengar ceramah.

Keesokan hari spls dgr ceramah, cikgu IMANAT, Kak Nor telefon aku suruh datang. Tengahari pulak tu! From 12.30pm till 3.30pm! First time driving, dgn cikgu BITARA dulu. Peluh aku bwk kereta. Dia ajar pasal gear. Pastu pusing2 satu BITARA.Byk gak dia komplain. Kata itu tak betul, ini tak betul. Padahal dia tak nak ajar aku. Biarkan lah.

Selepas itu, tibalah cikgu IMANAT, Kak Nor dan Abg Din yg ajarkan. First, Abg Din ajar aku pasal penggunaan gear. *Pergh! Best gila siot dia ajar* Tak stress mcm cikgu BITARA. Pastu pusing2 satu BITARA lagi! *Puas berapa lap aku pusing kelmarin + hri itu* Hari2 berikutnya, aku belajar cara parking dan Jalan mati serta bukit. Jalan A,B dan C.

Lepas selesai 7 Jam bwk kereta, QTI time! *QTI=Pra Ujian JPJ* Ini kena dengan cikgu BITARA. First dia suruh buat bukit + Parking + Jalan Mati 2 kali. Then, tiba di jalan. Aku pilih jalan C. *Tak terfikir pun ttg jalan ni, just sebut* Aku pun stress gak sbb terpilih jalan C, lurus takde hal tapi byk traffic light! Just relax sudahlah. Time nak balik ke BITARA, terkejut aku dan cikgu tu sbb time lalu jln tu tadi takde pun accident. Teruk gak tuh. Then sampai, aku ditolak 3 markah. Sbb mati tengah jalan, jarak dgn kereta depan jauh. Stress gak. Then Kak Nor bgtau mungkin boleh amik JPJ 7 Mei ini. Terkejut aku! Cepat bebenar! Kak Nor suruh telefon 3 Mei.

3 Mei, aku telefon Kak Nor. Kak Nor kata aku kena 21 Mei ini. Telefon dia balik kalau ada surat tawaran belajar. 7 Mei, result UPU keluar. AKu boleh pergi UiTM 2 Jun ni. So, keesokannya aku rushing pergi ke BITARA *Like a Running Man* Kak Nor bgtau kena pergi pejabat JPJ. *K Fine* Sampai sana pergi kaunter pertanyaan. Kata nk buat pertukaran tarikh test JPJ. Pok guard yg jaga kaunter tu kata kena buat surat. WTH! Dia suruh aku balik pulak tu! Aku pun turun dgn kekecewaan. Telefon Bonda suruh bgtau my auntie supaya adjust kan org dlm pejabat tu. Then, green light dpt buat surat situ. Masuk bilik Penolong Pegarah JPJ! Bg surat dan surat tawaran. Dia kata 'K' boleh buat 14 Mei ini. *Nasib baik aku tak balas K for Pottasium ke?*

13 Mei, aku terpaksa pergi latihan sekali lagi. Dengan cikgu BITARA lagi! DAMN! Malas nk cerita ttg kerenah cikgu BITARA ni. *silent*

14 Mei. Aku pergi BITARA awal pagi dek kerana @NaimMad ajak aku breakfast dulu. @NaimMad amik lesen B2 aka Motorsikal. Dia ingatkan dia kena pukul 8 pagi, padahal 10 pagi! Then kitaorg pergi breakfast. Sampai tgk dah ramai org. Turn aku pun pukul 10 am. Lambat lagi. Duduk. Lepak. Monolog. Diam. *Skip story*

Nombor aku dipanggil utk ujian memandu A iaitu Bukit, Penjuru 3 dan Jalan Mati. Aku terus pergi dan naik bukit. Aku tak puas hati, turun. Buat skali lagi. Angkat Tangan. JPJ lambai suruh gerak. Pass! Time utk turun bukit aku amat lemah! Tekan minyak byk kali! Then naikkan clush. Buang handbreak. TURUN! Angkat handbreak balik! JPJ tengok aku dan lambai sekali lagi. Baca bismillah balik. Gerak naik bukit, slow gila babi! Then alhamdulillah dpt turun. Sementara tunggu deretan kereta kancil buat Penjuru 3, aku amat stress gila dlm kereta. Aku kata, mungkin dah tak lulus, dah tak lulus. Sabar jelah! Penjuru 3 dan Jalan Mati beres dengan hati penuh kecewa. Pergi amik result dekat pondok Penjuru 3. ALHAMDULILLAH! LULUS! Keraingan dan tawaku.

Tunggu test Bahagian B pulak iaitu atas jalan. Aku boleh dgn Tester Wanita. Masuk, bagi salam. Buat 5 perkara. Betulkan tempat duduk. Betulkan semua cermin lihat. Pakai tali pinggang keselamatan. Pastikan gear bebas dan start enjin. Wiper dan signal. Dek kerana gugup dgn tester ni, aku tak buat yg Wiper dan signal. Terus tanya nak pergi jalan mana? Sblm tu, masa aku nk buka tingkap kat tester tu, aku tanya "boleh saya check cermin sebelah cik?" Ayat itu dan Bagi salam tadi adalah tips oleh @Azim_Ramlan94 yg aku amalkan.

Tester tu kata jalan B. Terus gerak. Gerak sampai part u-turn. Mmg aku berhenti lama gila. Sebbnya byk kereta lalu lalang time tu! Pesanan Abg Din, biar lambat pun, asal senang nk u-turn. Lepas aku boleh u-turn, tester itu bleber dialek kelantan. Aku buat2 dengar. Sampai separuh jalan B, dia komplain pasal posisi tangan. Aku buat posisi 10-2. Pastu dia bgtau 9-3. WTH! Dlm hati aku kata. Buat jerlah. Masa perjlnan tu aku terpikir gak, mungkin dia saja mau test aku kot. Biarkanlah. Aku kembali tangan ke posisi 10-2. Sampai sudah BITARA! Aku dapat 17/20! 3 kesalan iaitu tak buat wiper dan signal. Bagi signal lambat dan pengunaan gear yg sesuai dgn kelajuan. ALHAMDULILLAH! LULUS walaupun atas tong saja.

Keesokan harinya, aku dilantik menjadi PA @NaimMad utk temani dia buat pelbagai urusan. 4.30pm baru habis dan aku masih belum buat lagi lesen D aku. Aku cepat2 lari mcm Running Man dgn motor pergi JPJ. Sampai sana. Ambil nombor, isi borang. Pergi kaunter. Buat kad. Bayaran RM30 jew! Bwk duit bukan main byk sbb kwn aku kena RM60 lebih!

Selepas dapat lesen, aku cuba bawak kereta Waja ditemani Bonda. Now, Bonda as JPJ Rumah. Aku dah fasih guna auto car. Lepas ni, pasti dah lupa manual. -_-'

Monday, May 7, 2012

#JurusanTwitter

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan kalimah suci Allah saya mulakan Post ini.
Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan SALAM 1 MALAYSIA!
Wira dan wirawati sekalian *terlajak ayat*
*Actually, that is my Ketua Jurulatih Pembinaan Diri, Cikgu Roy's ayat. Memang best kalu korg dgr dia ckp. Betul x @AzimGhazali?*

Today, 7 Mei 2012. Korg tau apa berlaku? Kepala hotak kau jawab dah takleh tengok astro saluran percuma! It's The 0711 Future! Keputusan UPU utk IPTA keluar babe! So, post kali ini aku akan cerita segala suka *joget* dan duka *lap air mata* aku sepanjang proses permohonan ke IPT.

Cikgu kaunseling aku, #PuanNorasiah membuat pengumuman utk sesiapa mahu beli no pin. Aku awal2 tolak benda ini sbb #Bonda pesan, "Tak payah masuk situ. Nanti kena struggle lebih2. Awak tu dahlah malas." *tempias sikit ayat belakang skali tu, but watlek watcool dahlah* Tolak mentah2. Ugh! Ramai jugak classmate aku beli. Ada classmate aku buat promosi *ajak aku masuk* tapi aku tetap menghormati pendirian #Bonda *tabik kat mak gua* Kesian pulak kwn aku, kena isi borang. Biasa kalau tak tahu, ada yg rujuk aku. Tapi aku jwblah aku tak amik *muka sombong* Bila dah beli, ada sebahagian classmate aku x isi borang laks. Membazir je kalau beli. Baru2 ni, result nya keluar. Aku tak lepaskan peluang utk menerjah kawan2 ku yg boleh ke sana. Ternyata hanya 6 org sahaja yg berjaya ke Matrikulasi. *Joget lettew* #MekB #Nahi #Aqilah #MokYong #PqahSuha boleh di Matrikulasi Perlis dlm jurusan perakaunan. #Shipoh boleh di Mtrikulasi Pahang dlm bidang sains. Aku pun bygkan sejenak, jika aku apply Matriks, pasti sudah aku boleh samada Sains mahupun Perakaunan.

Tetibe aku layak ke sini? Pe kes? *tedang meja* Takde aku mohon pun! Pelik2! Dikesempatan ini jugaklah aku tolong check utk kawan aku sblm line kembali memnyibukkan diri *STFU Internet* Aku check, semua classmate aku boleh kecuali yg boleh matriks dan #kidin. Mejoriti kelas aku dpt Form 6 SMK Sultan Sulaiman dalam jurusan Kemanusian kecuali aku dan #Shukri sahaja boleh jurusan Sains. Terkejut gila gaklah masa tu! Aku dahlah lemah sains *tengok result SPM dan PMR sudeeyy* Ramai gak tanya aku nk pergi tak form 6. Org tya tu terutama boleh jurusan Sains. Xkan aku nk masuk sains dengan ilmu Bio xde dan Fizik tak sempat khatam? *Aku Tak Bodoh* Kalau org tanya aku nk masuk tak form 6, aku just jwb tunggu UPU. Sebenarnya aku tak mahu juga masuk form 6 sbb berada di alam persekolahan semula. Pakaian sekolah, jumpa junior yg berlagak kaya kat sini. FYI, #Bonda and #ArwahAyahanda bercinta disekolah ini semasa #Bonda Form 6 Bawah dan #ArwahAyahanda Form 6 Atas. *Romence gile parents aku nih!* Tak nak pahat sejarah sekali lagi kat sini.



#Bonda pesan aku suruh amik pengajian itu supaya dapat pecah rekod dlm family ni. Aku pun apply lah. Jadi, bidang aku pilih ialah Bimbingan dan Kaunseling & Matematik di SJKC. *Ni-How-Ma* Sblm result KPLSPM keluar aku ada baca satu petikan akhbar online yg menyatakan guru2 yg xboleh berfasih cakap Mandrin akan dikeluarkan. *WTH* Cuak gak masa tu. Dahlah aku mintak sekolah cina. Pastu ada rumour kata darpiada 96000 yg memohon KPLSPM, hanya 4000 dipilih utk proses temuduga dan 1000 di pilih utk masuk KPLSPM. Gila siot! Masa hari keputusan. Jam 12 malam aku dah tercegat kat laman web MOE utk dia keluarkan kenyataan semakan KPLSPM. Dari pepagi buta aku asyik reload aje laman web tuh sampai subuh dan sampailah kul 11. Kemaruk sgt nak jadi cikgu. *jolow?* Kul 11 pagi aku baru bangun tidur terus check. Kwn aku bgi link KPLSPM. Betapa sedih, kecewa tak dpt tunaikan permintaan #Bonda dan termasuk my auntie yg bekas cikgu #WanHindun, Cikgu di Sabah dan #WanZainab, Pegawai Bahagian Kokurikulum di Gombak. *lap air mata*


Aku tanya #Bonda, takkan mengharapkan UPU sahaja? Aku cadang kat #Bonda nak amik IPTS gak. *kaya aku nih* #Bonda setuju utk jadikan back-up jika xboleh UPU. So, aku terus mahu ikut jejak langkah abg aku di universitinya dahulu. Aku isi borang. Rumit gak nk urus benda2 mcmni. Tak pasal2 dia suruh send ke diorg melalui pos. *tak majulah* Aku mmg malas nk g pejabat pos. Nasib baiklah hari itu ada Karnival MARA kat Terengganu Trade Center. Aku pergi, ada booth UNITEN! Aku pun bagi dia selalulah surat itu. Then dia suruh isi borang. Tak lama kemudian, dah siap surat tawara! Aku amik Foundation in Accountancy.

Aku tak tahu pun wujud IPTS ini. Tapi aku tahu, IPTS ini cemerlang dan disahkan oleh MOHE. So, aku isi borang online. Mcm UNITEN jugak, kena hantar melalui pos *kuno punya U* Dan nasib baik jugaklah ada booth MMU di Karnival MARA. Akak yg jaga booth itu suruh hantar borang kat dia boleh gak. Senang kije aku. 2 minggu lepas itu, sampai surat yg berisikan buku. Aku pelik? Bila surat tawaran nk sampai? Buku itu buku catalog promosi MMU. 1 minggu lepas itu pulak. Barulah sampai surat tawaran MMU. Tebal gak. Aku tak baca pon. MMU aku apply Diploma in Accounting. Then 1 minggu kemudia sampai surat promosi Multimedia College kat Trg. Aku tak layan pon surat itu.*sombong*

Kakak aku pernah belajar kat IPTS ni. Tapi kakak aku marah aku apply. *sape nk belajar? Aku ke kakak aku?* Aku just bgtau #Bonda, Apply sesaje, nk tgk boleh ke tak. Aku apply. Kawan aku cadang amik ACCA. So, masa di Karnival MARA *Asyik Karnival MARA aje, maklumlah masa Karnival Jom Masuk U tu aku pergi Karnival Jom Masuk PLKN* aku pergi kat booth IPTS ni. Dia kata kalau amik ACCA haragnya just lima angka sahaja. *WTF* Biarlah. Aku sesaje apply. Bila check online, dia jwb camni kpd aku? Luluh hatiku.... *lap air mata*


Kaunselor sekolah, #CikguNorasiah bg cadangan kat aku supaya apply satu IPTS ni. Dia pun teranglah mcm mana perjalanan itu utk bawa ank dia, #MekB dlm IPTS tu dan terus sambung IPTA slps Diploma. Di Kolej Profesional Mara, aku mintak Diploma in Accountancy. Keputusan permohonan keluar 9 Mei ini lorh.

#Bonda kata, tak payah applylah IPTS tu. Mahal. dan satu lagi dia amik yg cemerlang. Mcm biasa kenyataan aku, Saje2 nk apply. *Keras kepala* So, aku apply lah jugak! Rumit sama seperti MMU dan UNITEN. Sampai sekarang aku tak hantar surat itu. Then, aku dpt email yg aku layak ke EduCamp di UTP Perak. Memandangkan tiada rakan lelaki dari sekolah ku mahu pergi, aku batalkan hasrat itu. *Kalau aku pergi pun, mmg xboleh punya!* #Bonda bgtau hal yg aku tak pergi kpd my siblings. My eldest bro marah sbb aku tak pergi. My sis's boyfiee pon marah gak aku tak pergi. *aku dah agak dah benda camni akn berlaku*

Eh, akak seminar kt UMT call aku *padahal aku xpergi pun UMT aritu* Dia ckp, kalau permohonan UPU aku ditolak, call dia, dia akan tempah 1 tempat utk aku di sebuah kolej gabungan UiTM. Aku masih bingun time tu. Then aku tya penginapan? Dia ckp duduk kat appartment A'Famosa Resort! *gila siot* Bahagian atas bilik student. Bahagian bawah kuliah. Dia kata kalau kita tak pergi kelas, Prof akan naik lif ke bilik kita! Then boleh mandi percuma di kolam renang situ. *mamai masa tuh* Balik je rumah, research pasa tu, rupa2nya Kolej Teknologi Unifield! Terus tolak sbb takut xdiiktiraf.

Selepas result SPM keluar, permohonan IPTA atau lebih dikenali UPU telah dibuka. Aku mengambil masa yg lama gak nak isi borang tuh. Dalam 5 hari gak rsenye. *hobi menangguh selalu camnilah jadinya* 2 hari terakhir UPU ditutup, aku tangkas mengisinya di waktu manusia yang lain sibuk meneylimutkan diri mereka mati seketika *cewah ayat! Bangga #CikguZabed aku!* Aku isi seperti berikut.


Sebelum keluar result, mmg byk rumours! Ada kata 6 Mei, ada kata 7 Mei. Tak kurang 8 Mei pon ada! *8 Mei paling kuat potong lidah sekali!* Akhirnya terbukti 7 Mei 2012 apabila ramai 0711 buka laman web UPU pada 6 Mei 2012 jam 12 tengahari tiada perubahan berlaku. Aku siap sedia pagi tadi menantikan keputusan permohonan UPU. Yang pasti, aku bangun kul 9 pagi *sorry, saya solat Subuh erk* Then pi beli Nasi Kerabu Arizam jap! *makan sokmo* Lama gila xmkn nasi kerabu. Jam 11.00 aku main internet. Jam 11.20am. Aku terus buka laman web UPU, then klik 'Lembah Klang' Exited gila! Sebab dah boleh check. Mula2 aku check yg aku punya! OMG! Bidang akaun jugak aku boleh! Alhamdulillah! Then check utk classmate aku semua sekali gus! Agak malang gak rasanya.




 THE END of half my life to IPT

Meet my whiteboard yg dipenuhi kenyatan permohonan IPT


Jangan Lupa Vote for this blog!



Blog ini ada info terkini, cerita pengalaman dan aku ada juga buat research dan pamerkan kat blog ini. Satu langkah baru utk pembaca blog. Bak kata org, satu langkah kecil memperolehi kejayaan yg besar!
Hanya dengan 1 klik VOTE untuk 1 hari! Anda mampu mengubahnya!
 

Wednesday, May 2, 2012

Practice make perfect, but.....

Salam semua!

Lama tak update blog, lama dah blog ini tak mandi! *ayat modem bagi 'dah berhabuk dah'*

Kali ini aku nak cerita pasal ORIGAMI! Korg pasti tau punya apa itu origami. Masa kecik2 korg selalu tengok org besar dri kita buat origami utk kita. Origami kapal, jet, topi, mulut itik dll. Kalau korg nk tau, aku dari dulu lagi tak pandai buat origami yg mcm tu. Biasanya aku suruh orglah buat *like a boss*. Kelmarin dan hari ini aku menghabiskan masa berorigami bersama kertas! Mcm mana boleh terbukak hati erk?

Kelmarin masa pepagi buta (3.00am) aku buat keluar duit bagi prepare utk abg aku yg aku pesan suruh beli Maggi Ayam. Memang lama gilo tunggu dia. Aku bacalah tweet. Rupanya abg aku pergi tgk bola! Pukul 5 pagi baru balik rumah dgn bekalan maggi Ayam aku tiada! MARAH jugak! So, sementara tunggu dia balik tadi, aku ternampak origami Love yg aku buat dahulu.

Then aku trylah bukak YouTube search lagi mcm mana nak buat origami. Mula-mula bukak yg buat love dgn duit. Malangnya xboleh buat sbb saiznya tak sama. So, aku apa lagi guna kertas A4 putih yg berlambak ni buat saiz US Dollar. Pastu aku buatlah Love. Cantik gak, tapi xde colorlah. So, aku tak uploadlah.

Then, aku ternampak satu video Wobbling Wall. Aku pun trylah buat dgn kertas A4 biasa. TAK JADI. So, aku pun teringat balik kisah PLKN buat origami burung dalam kelas Pembinaan Kerekter dalam Modul Budaya Kerja. Sblm buat tuh, cikgu cuba meneka. Practice Make Perfect, but.....Dia suruh kitaorg sambung. Taktahu kesemuanya. Tetibe ada sorg bgtau 'be careful'. Cikgu cakap tak lengkap. Org yg bgtau tu ialah Ketua Kompeni Delta, #Shah. Bijak orgnya dan sekolah di Alam Shah. So, cikgu bagilah jawapnnya.

PRACTICE MAKE PERFECT, BUT BE CAREFUL WHAT YOU PRACTICE

Selepas itu, aku terus mencari kertas berwarna. Baru aku ingat! Masa menangah rendah dulu selalu sgt buat kerja kursus terutama Sejarah dan Geografi. Then aku terjumpa byk kertas berwarna! Happy gila time tuh! Then, aku sambung balik buat Wobbling Wall tanpa tgk video. Sbbnya dah fasih dah masa buat 1st time. This is my Wobbling Wall.



Seharian kelmarin duk ngadap YouTube. Download segala video Origami yg aku minat. Next origami aku buat ialah Bat Heart. Sebenarnya origami ini khas utk Holloween! Dimana campuran sayap kelawar dan bentuk Love. This is my Bat Heart.



Petang tadi pulak aku belajar buat Magic Rose Cube. From a cube can change to rose. Simple dan senang sahaja! This is my Magic Rose Cube.




The latest one origami is Transforming Star. Daripada bintang berubah menjadi bulatan. Check this out!





Semua gambar dan video ini adalah hak cipta terpelihara. Thanks 2 YouTube, Instagram and iPhone 4S

Jadi korg yg juga berminat boleh sertai! Hanya belajar melalui YouTube sahaja! Search sahaja, Origami. Berlambak video! Selamat mencuba!

Jangan Lupa, Vote 4 this blog at Digi WWWOW Awards everyday!


Blog ini ada info terkini, cerita pengalaman dan aku ada juga buat research dan pamerkan kat blog ini. Satu langkah baru utk pembaca blog. Bak kata org, satu langkah kecil memperolehi kejayaan yg besar!
Hanya dengan 1 klik VOTE untuk 1 hari! Anda mampu mengubahnya!
 

Thursday, April 26, 2012

Digi WWWOW Awards!

Salam semua!

Digi WWWOW Awards is BACK!

Tahun lepas dah ada Digi WWWOW Award. Memang aku dengki betullah kat AnwarHadi sbb dia dpt 2 anugerah rasanya! Blog Serius pun dapat anugerah gak!



So, tahun ni aku bercadang nak masukkan blog aku dlm contest ni! Tahun ni beza sedikit drpd tahun lepas. Tahun ni ada syarikat sponser tiap2 anugerah! Aku join dalam Nuffnang: Blogger of The Year... Korg tau tak hadiah apa bila menang utk kategori ni?

HADIAHNYA IALAH:
  • A sponsored getaway for two (2) pax to Krabi Island for 3 Days, 2 Nights (inclusive of flight and accommodation) worth RM5,000
  • One (1) return ticket to Sydney via AirAsia X
  • One (1) Samsung Galaxy W with
    DGSmart Plan™
  • One (1) Simple MasterCard preloaded with RM1,000 prepaid
  • RM1000 Cash Prize courtesy of Chartis Insurance

Knp aku perlu menang untuk kategori ini? Sbb blog aku ada info terkini, cerita pengalaman aku dan aku ada juga buat research dan pamerkan kat blog ini. Satu langkah baru utk pembaca blog aku. Bak kata org, satu langkah kecil memperolehi kejayaan yg besar!

Aku mengharap juga korg undi blog aku di website Digi WWWOW Award. Korg boleh start mengundi sekarang! Undian sehingga 13 Mei 2012! Jika korg mahu undi blog aku, korg boleh undi tiap2 hari dgn satu klik 'UNDI' untuk satu hari. Contohnya, hari ini korg UNDI blog aku, besok kau UNDI balik blog aku. Undilah sampai 13 Mei 2012 ni! Undian korg amat dihargai... Terima Kasih!

Klik dibawah ini untuk mengundi blog aku! Pastikan Log In connecting Facebook atau Twitter!


Monday, April 23, 2012

Deklamator Tiga Bersama

Salam semua!

"Asal kau naik pentas aja, mesti bersajak! Naik pentas, bersajak! Naik pentas, bersajak!"

Itulah ayat kawan aku utk sindir aku. Aku just watlek watcool. K FINE. Kali ni aku cerita pasal mcm mana ayat itu timbul. Dua kali aku naik pentas untk bersajak dan satu kali utk penerangan tapi aku baca cara sajak.

Kompeni Charlie di Malam Program Pengahayatan Sastera dan Budaya
First time aku naik pentas, masa Malam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Aku menjadi deklamator bersama #Ibrahim dan #Izah. Sbnrnya aku bercadang ingin berdeklamator bersama #Izriq sebab dia pakar sikit dlm sajak. Tapi apakan daya, dia as ketua kompeni kena duduk dalam urusetia. Dia juga mewakili kumpulan urusetia untuk berdeklamator sendirian.

Setiap kompeni harus menghantar sorg untuk berdeklamator sendirian di atas pentas. Dan setiap kompeni mesti mempersembahkan Puisi Tradisional dan lakonan, Sajak dan lakonan dan berkoir. Kompeni aku mmg teruk masa hari latihan! Tanyalah sume ahli kompeni aku, mmg bingit kelas sampaikan cikgu ada berkata, "Kalau kompeni awak mcm ni, kalah lah kita nanti." Aku bersama #Ibrahim dan #Izah bersajak tajuk 'Titisan Darah Dibumi Bertuah'. Kami bergilir-gilir bersajak. Bermula dengan aku, #Izah dan #Ibrahim.

Titisan Darah Dibumi Bertuah
A. Samad Said

Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa,
Mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya,
Tanah pusaka raya indah subur merata,
Untuk kita warisnya - penyambung cerita derita.

Untaian masa bertunda memucat warna muka,
Ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua,
Kami masih berbahasa, kami masih berbudi juga,
Sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.

Dalam tanam hak kami berkembang puspa wangi,
Aneka ragam jenisnya menghiasi persada bunda,
Biar bersatu segalanya erat berpadu sejiwa,
Biar semerbak baunya mengharumi seluruh dunia.

Kami berbudi bahasa penuh ikhlas didada,
Tiada rela berjela cerita neraka selaksa,
Kami berbudi bahasa mesra hati asasnya,
Siapa sahaja derhaka, kami ancam nyawanya!

Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi,
Segar sihatlah puspa jernih tenang warnanya,
Dalam taman hak kami berkembang puspa yang suci,
Rumput liar bernoda kami ragut akarnya!

Moyang kami yang papa mati terantai kakinya,
Kami, titisan rantainya, pelebur cengkaman rantainya,
Moyang kami yang mesra tercelik hampa matanya,
Kami, titisan rantainya, pencurah bahagia ke matanya.


Alhamdulillah, Kompeni kami memenangi Persembahan Terbaik! Sejak daripada itu, ada juga menyindir aku dengan ayat terakhir dalam sajak itu. "Kami ancam nyawanya." Sbb apa? Sebab aku meninggikan suara ketika itu. Nak gelak gak rasanya.

Sblm Malam Simfoni Memori, aku saja bergurau dgn #Izriq, "Jom kita masuk bersajak malam terakhir? Mu, aku, Nayen?" Dia terus menjawab, "Aku xnak masuk apa2 dah. Aku xnak naik pentas dah. Serik dah." "Aku gurau saja tadi," aku kata.

Aku dan #Izriq

3 hari sblm MSM, #Izriq ajak aku masuk bersajak dgn #Nayen sekali. AKu terkejut! Aku kata, aku bergurau saja. Pastu dia kata, ada org dah tempah satu slot utk dia. So, aku and #Nayen on jelah. 2 hari sblm itu, kami practice bersajak. Kami dah bercadang yanag aku pakai full loreng, #Izriq baju PT dan #Nayen baju kelas. Ini sajaknya:

Disini
Rekaan: Teruna Sepi (#Izriq)
Pendeklamator: Deklamator 3 Bersama (#Nayen, #Syahin, #Izriq)
Disini,
Bermula disiplin diri,
Teratur bilik rapi,
Selimut dilipat tepi.

Disini,
Ku kenal erti kehidupan,
Ku temui budaya keilmuan,
Ku gengam erat persahabatan.
Disini,
Mandi di dinihari
Santap bersama hidangan pagi
Umpama sebuah keluarga sejati
Disini,
Karater diri diasahkan,
Komunikasi bersama di latihkan,
Kekuatan fizikal diperkuatkan,
Semangat patriotik diperkukuhkan,
Perpaduan jitu diharapkan.

Disini,
Disaksi mataku,
Tembakkan bertalu-talu,
Rifel di sandar bahu,
Bukit merbau dan peluru.

Disini,
Senyum cikgu terakam gurau rakan di ingatan,
Mesra kata diucapkan,
Manis ikatan dirasakan,

Disini,
Kita tanam cinta Negara,
Kita tanam cinta Saudara,
Kita tanam cinta Bersama,
Ayuh pertahan daulat Malaysia,
Bersama di bumi Merdeka.

Disini,
Di Universiti Kehidupan ini,
Pertama bersua kita akhirnya terpisah jua,
Memori ini usah dilupa,
Pahat hati kekal ku pinta.

 Wow! First time aku mengajar orang bersajak! Semasa kemuncak Modul Kenegaraan, #Nayen menyuruh aku mengajarnya bersajak. Susah gak nak ajar. Ingat ke senang ke? Aku dahlah kena analisis balik mcm mana aku bersajak. Selama ini aku bersajak berdasarkan pandangan dan cikgu aku ajar sikit2 aje.

Meet #Nayen, Straight A's Student
 Itulah kisah aku as deklamator di PLKN.....


Saturday, April 21, 2012

Kalau tak sedia ucap Syahadah

New Update! 21 April 2012, 6:06am

Salam guys!

Tetibe pepagi buta camni aku tergerak nak berblogging.

Tadi aku ada termengelamun sekejap. Korg tahu tak apa yg aku mengelamunkan? Nanti aku cerita. Sblm tu aku akan bermukadimahkan tajuk post kali ini. Aku buang tebiat tulis entry kali ini.

Couple? Ramai remaja mmg terjebak dgn dunia ini. Ada yg kata haram dan ada yang buat fatwa sendiri adalah halal. Jadi mana satu yg perlu betul. Kalau haram, kenapa ramai yg duk sibuk mengcouplekan diri mereka sdgkan mereka tahu itu haram. Dan knp yg couple ini selalu sgt post2kan jiwang dan ada juga yg post Islamik sket. Pelik kan dunia sekrng?

Hiburkan lagu yg penuh nasihat ini

Sketsa Apa Nak Jadi dibarisi pelakon lelaki belako!
Bagi korg, couple hanyalah satu perkara biasa. Couple just nk lebih rapat dgn perasaan dan gender lainan jantina. Couple just ingin kikis duit pasangan. Couple just nak balas dendam. Couple utk lari dari masalah konflik family. Tu adalah contoh senarai knp mereka nk couple. Korg tahu tak, dalam setiap perhubungan mesti xnk gaduh kan. So, knp ramai yg break up? Perselisihan faham? Main kayu 3? Tahu tujuan couple? Buta Cinta? So many on lah!

Before aku lebih lanjut ke cerita mengelamun, aku akan cerita kisah di UOL. Couple mmg byk kat sana. Tapi berbatas. Mcm post aku cerita dlm Taman Syurga tu. Kat UOL kita org buatlah persembahan yg lawak lagi bermakna. Persembahan lagu KalauBerpancaran dan Apa Nak Jadi.


Kalau Berpacaran ni idea cikgu. Cikgu kumpul pelatih yg nak join utk sketsa ini. Setiap bait2 lagu ada babak. Yang tak tahan lelaki jadi perempuan.Pastu kat atas pentas duk mengatal dgn lelaki. Mmg memberi makna lah. Dengan ada pelakon menjadi setan, parents, barg meminang,ustz.Gelak habis masa Datuk KP datang! Utk sketsa Apa Nak Jadi nyanyian lagu Tan Sri SM Salim tu, AJK Imam Wira yg uruskan. Dia kumpul lelaki yg akan pegang watak perempuan! Memang cun meletop! Datuk KP pon xsangke yg sume tu AJK Surau yg jd pompuan!

Mmg xdisagka, couple itu byk maksiat dan cinta itu buta. Bila dah selesai persembahan, ada pulak yg komplain, lelaki tidak boleh berpewatakan wanita. Imam Muda Trg menjawab, ia sabagai satu metadologi dakwah bgi menyedarkan kita. Mmg betul, bila kita gelak, kita akan kekal ingat bahawa itu haram. Betul x?


Si Lelaki, Si Perempuan (Lelaki) dan Syaitan dlm sketsa Kalau Berpacaran

But skrg aku nk cerita pasal aku mengelamun tadi. Tadi aku teringat dgn Cikgu PLKN aku. Masa tu kelas PKRS, Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Dalam kelas ini, kitaorg blajar pasal keluarga, seksualiti, pergaulan, gender dll. Dia pernah cerita satu kisah hidupnya. Kisahnya begini
Saya dulu couple jugak. Tapi saya berbatas. Awak sume nk tahu knp saya couple dgn lelaki masa sekolah menengah? Saya couple dgn dia sbb nak melahirkan pesaingan yg sihat. Saya dan dia dulu best student. Jadi kami bercouple utk bersaing markah exam. Selain itu, saya juga couple dgn dia utk buktikan bahawa saya boleh mengatasi lelaki dan saya boleh buktikan bahawa perempuan juga boleh. Jangan nak perjuangkan gender lelaki tau! Gender adalah sterotaip sahaja!

Cerita tu aku ade ubah2 lah sikit. Dah lupa doe kisahnya. Tapi mmg mcm tulah ceritanya. Just short story sahaja. Tapi memberi kesan yg mendalam. Kaedah couple inilah yang patut kita amalkan. Dia berjaya,kita pun berjaya. Yang pasti, pasang niat dan matlamat dgn betul. Insya-Allah akan berjaya punyalah!

Jadi, boleh amik iktibar ya! Jgn couple utk berkongsi hati, berkogsi kelemahan diri.Kalau korg berkongsi kelemahan diri, hati korg akan binasa sbb bila dah breakup, pasangan korg boleh bgtau 1dunia ttg kelemahan korg.  Kalau akulah masuk IPT nnt, aku nk buat style mcm ni, try pikat best mahasiswi dlm kuliah, then bersaing dgn dia. Insya-Allah persaingan itu akan sampai ke jinjing pelamin. Beruntunglah kwn aku dpt makan nasi minyak nnt!

Aku xnk cerita panjang lebar, takut melalut entah ke mana! So, apa pendapat korg? Comment tau!

Friday, April 20, 2012

Mata dan Senyum

Salam!

Okey, kali ini aku nk tebus balik post2 yg lama xaku update! Kali ini aku nak cerita pasal 'Terima Kasih'. Apa2 pun, korg sume layan dulu video ni! (pastikan korg tutup lagu tema blog aku kat footer ni! Sebab lagu dlm video ini dikire best la jugak!)



Tajuk video ini adalah Kindness Boomerang yang bermaksud Kitaran Kebaikan. Diterbitkan oleh Life Vest Inside sebuah NGO di United State of America yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kebaikkan.

Analisisku terhadap video ini,

Budak skate membantu warga emas melintas jalan
  1. Bermula dengan seorg budak yg bermain skateboard tiba-tiba terjatuh. Pekerja pembinan baru sahaja keluar dari kedai terus mencapai majalah budak itu dan mengangkatnya berdiri. Ada kata2 keluar dari mulut budak itu. Bila beredar, dia memandang pekerja pembinaan itu dan terus senyum sambil mengangguk tandanya Terima Kasih.
  2. Pandangan budak skate tu ke 2 situasi. Dia memandang 3 kawan perempuan skate itu yang mengajak berskate lagi. Pandangan ke-2nya ialah ke arah seorg warga emas yg sedang membawa 2 beg kertas yang penuh dgn barang dapur. Budak itu lekas ke arah warga emas itu dan menolong membawa dan membimbit. Bukan sahaja menolongnya membawa tetapi melintas jalan jugak! Cara warga emas itu mengucapkan terima kasihnya adalah dgn senyuman dan anggukkan.
  3. Warga emas itu melintasi seorang wanita yg amat bergaya. Wanita itu sedang mencari duit syiling utk parking keretanya. (Mana keretanya?). Warga emas itu terus memberikan duit syiling miliknya kepada wanita itu. Warga emas itu menepuk tangan Wanita itu dengan senyuman walaupun Wanita itu sedang terpinga-pinga. Semasa Wanita itu ingin letakkan syiling, dia tersenyum dan rasa bersyukur.
  4. Wanita yg bergaya itu ternampak lelaki bersut tercicir dompet putihnya lalu wanita itu lekas mendapatkan dompet itu. Wanita itu terus merapati lelaki itu lalu menyerahkan dompet putih itu. Seperti biasa, when a stranger come, pasti awkwardkan. Lelaki ini pun mcm terpinga-pinga. Tetapi pandangan matanya sudah cukup utk ucpkn terima kasih walaupun tidak senyum.
  5. Lelaki bersut tadi ternampak seorg lelaki yg baru pindah (mungkin) mengeluarkan bagasi yg besar dari but kereta. Dia terus menolong lelaki itu mengangkat dan terus menutup but itu. Lelaki yg baru pindah itu hanya tersenyum dan tiba di tempat meletakkannya, dia terus senyum dan terus memandang lelaki bersut.
  6. Lelaki yg baru pindah tadi membeli 1 hotdog untuknya. Namun apabila dia ternampak seorg gelandangan di tepi kedai, dia membeli 2 hotdog. Dalam perjalanan ke gelandagan itu, penjual burger tadi memberikan sebotol air minirel kpd lelaki tadi utk memberikannya kpd gelandangan itu. Apbila lelaki itu memberikan hotdog dan sebotol minirel itu, gelandangan itu hanya memerhatikan lelaki sambil melebarkan senyuman semsa lelaki itu berlalu pergi.
  7. Gelandangan itu terus mencapai telefon bimbit seorg remaja perempuan yg sebentar tadi duduk di depan kedai. Dia terus menyerahkan telefon bimbit itu. Memang muka remaja itu awkward sgt2. Takut2 stranger kan. Remaja itu mencapai telefon dan terus membalas senyuman dari gelandangan itu.
  8. Remaja perempuan itu melihat situasi yg menyedihkan di sebuah cafe. Di cafe itu, dia ternampak seorg wanita tua sedang memerhatikan seorg lagi wanita tuayg berstatus nenek. Nenek itu sedang memeluk cucu-cucunya yang baru tiba di kafe itu. Di sebabkan itu, remaja perempuan ini terus ke gerai menjual bunga disebelah kafe itu sahaja. Remaja itu terus ke wanita tua itu dan menghadiahkan sejambak bunga. Wanita tua itu terkejut lalu dia menganggap bahawa remaja itu seperti anaknya sendiri. 
  9. Wanita tua itu memegang lengan pelayan menandakan suruh bersabar kerana sebentar tadi, pelayan itu dimarahi oleh penyelianya. Pelayan itu terus mengemas meja wanita tua itu tadi. Namun, dia tersedar duit lebih itu ada tapi dia mengaggap sbgai tipsnya. 
  10. Pelayan itu lekas mengambil air kosong dari sebuah meja lalu memberikan kepada pekerja pembinaan yang telah membantu budak skate tadi. Kejadian ini disedari oleh penyelianya. Mula2 muka penyelianya amat marah namun bila dia nampak mahu memberikan kpd pekerja pembinaan itu, dia tersenyum. Pekerja pembinaan itu mengucapkan terima kasih.
Remaja perempuan tercicir telefon bimbit diberikan oleh gelandangan

Jadi dalam video ini bukan sahaja ingin menunjukkan kebaikkan yg kita lakukan, tetapi cara berterima kasih. Mula2 aku tgk video ini, aku tafsirkan sbgai cara berterima kasih. Cara berterima kasih mereka dengan senyuman, lirikan mata, anggukkan dan ucapan. 

Pelayan memberikan air kosong kpd pekerja pembinaan, diperharikan oleh penyelianya
Aku amat tertarik dgn komen ini. Komen ini diperolehi drpd video yg sama, tapi tajuknya diubah utk org melayu, "Mesti Tengok...Anda pasti akan share video ini setelah anda Lihat"
The ending
Akhirnya...setiap kebaikan yang kita lahirkan dr diri kita sememangnya akan kembali manfaatnya kpd kita juga. Itulah pola kehidupan dunia, yang setangah2 manusia menganggapnya remeh. Setiap kebaikan yg kita pernah buat sebelum ini,yg mungkin dah bertahun lamanya..telah pun memberi manfaat kpd manusia lain,mungkin telah dinikmati oleh saudara kita sendiri (disekitar dunia ini) malah mungkin telah berbalik kpd kita,yg dikenali sebagai kemajuan..Lahirkanlah perkara2 baik untuk masa depan kita :-) - paparockrazak
Itu sahajalah daripadaku untuk anda semua! Harap2 korg boleh buat mcm ni di luar sana, Insya-Allah.








Thursday, April 19, 2012

Trending Tweet: #OnlyInMalaysia

Salam semua!

Ingat tak dulu ada aku post video pasal My Generasi? Kali ni aku nak post video pasal #OnlyInMalaysia! Kedua2 video itu adalah keluaran JinnyBoyTV. Yang pasti best giler tgk video ni! Check This Out!


Greyson Chance
Satu-satunya part aku suka ialah part Greyson Chance. Kenal x? Dia ni artis YouTube from Oklahoma, United State of America. Dia famous sebab menyanyi lagu 'Paparazzi' by Lady Gaga menggunakan versinya tersendiri dan piano. Video itu telah menjadi terkenal dlm masa 1 hari sahaja! Dan aku adalah salah seorg Malaysian yg tonton video itu pada 1st day!

Kenapa aku suka part GC? Bukan sbb dia comel. Sebab dia cakap! Memang lawak!
Bos, Nasi Lermak satuh, Satehy, Kong Fuh Chaw, Kangkun belachann, Chow Khwee Tiau, and some fries and for drinks, milo beng. - Greyson Chance
Satu lagi lawak, bila dia mengedik masa nk mintak air. Part ke-2 aku suke ialah 'The Hand' is powerful dan 'The Hand' is 'Sometimes' powerful. Part yang bola tu best gak! Pakai baju fav team msing2, tgk bola satu rumah, bersorak utk MALAYSIA! And the last part aku suka. The ending of video,
Chelsea, BOOO! Manchester, whatever! Liverpool, pubhhhhh....
Greyson Chance mengedik
Disebabkan video itu, hashtag #OnlyInMalaysia dah menular ke Twitter. Boleh dikatakan 24 jam timeline bagi searching #OnlyInMalaysia bergerak dengan pantasnya! Aku salah seorg yg menymbang tweet. Ada tweet yang positif, negetif, nasihat, politik. Memang lawak aku baca. Kira #OnlyInMalaysia ni mcm #SoMalaysian gaklah.



Sampai sini sahajalah. Oh before that, I'm really sorry sbb lama tak update. Pasal post yg aku hebahkan kat Twitter tu, aku akan bgtau semula sbb xsiap lagi!


Friday, April 13, 2012

The journey of Account Student

Salam semua!

Kali ni aku nk cite sepanjang hidup aku bergelar pelajar Prinsip Perakaunan. Korg ingat aku ni dri kelas Perakaunan ke? Tak pe korg bace story aku ni dahulu...

YES! 5A 1B 2C! Result PMR ku....

Penilaian Menengah Rendah 2010

Bahasa Melayu                                A
English                                             C
Mathematics                                    A
Science                                            C
Sejarah                                            A
Pendidikan Islam                              A
Geografi                                           B
Kemahiran Hidup Bersepadu            A

First day school. Selepas rehat, nama ditampal di bahagian kelas. Mencari namaku. 4 al-Khawarizmi. Namaku tertera! OMG! Subjek tambahan kelas ni ialah Sains Sukan, Tassawur Islam dan ICT! WTF! Dahlah geng2 aku sumenye kelas aliran sains. Aku bgtau #Bonda tentang kelas 4 Khawa. #Bonda terus cadangkan aku masuk kelas Prinsip Perakaunan. My eldest brother pon cadang masuk kelas Akaun. So, bermulalah rayuan ku...

Beberapa org telah hantar surat utk tukar kelas. Tapi tidak dilayan. Jumpa face-2-face dgn Pengetua. Aku merayu kat Pengetua yg aku nk masuk kelas Akaun. Pastu dia kata, aku xkn berjaya sbb matapelajaran AddMath. Pastu, aku merayu gak dia yg aku hanya nk amik subjek AddMath. Lagi naik angin dia! So, kitaorg balik dri pejabat dgn tangan kosong.

Prinsip Akaun Assignment using computer
Rakan aku, #SyahmiAmri yg juga seorg atlet sekolah. Dia berhasrat utk tukar sekolah kerana dia tak boleh masuk kelas akaun. Dia berhasrat utk ke SMK Sultan Sulaiman. Dengan kata-kata utk tukar sekolah itu, pada 13 Januari 2010, Pengetua meluluskan dia dan sesiapa sahaja markah atas drpd dia tukar kelas termasuk aku. WAH! Sedap betul! Kerana dia seorg, org lain untung!

Mula-mula belajarlah subjek akaun. K. Fine. Simple. Masuk bab2 seterusnya, Masya-Allah! Sebab aku adalah generasi pertama yg gunakan silibus baru, jadi peninglah sikit blajar tuh! Aku pun dah lupa markah akaun aku time F4. Tapi yg aku ingatnya, mula2 tinggi then merudung then tinggi balik! Boleh kira aku di level B/C lah....

Time F5 memang aku dah agak muak dgn Akaun mula2. Kalau taip2 kali exam aku pasti boleh C dlm Akaun. Tibe mase Middle Exam, aku boleh D! WTF! Inilah akibatnya kalu xbuat latihan. Sejak cuti pertengahan tahun hingga akhir tahun, aku xpernah pun siap kerja2 akaun. Percaya tak? Kalau cikgu bagi 4 latihan, aku boleh siap dalam 2 sahaja. Sebab kekangan masa! Memang aku dah jemu dgn akaun.

Bila dpt D akaun, aku start buat apa yg aku paham. Tak faham aku tak buat dan terus tanya #ProfFaqih, Budak Bijak Akaun GSA. Kat tuition pon aku buat jugak latihan, tapi byk sgt cikgu tu bgi! So, xbuatlah. Kebanyakan latihan aku suka buat kat rumah ialah AddMath sbb mencabar minda.

Graduan GSA
Dengan berkat usaha aku slps dpt D akaun, Trial Exam Alhamdulillah aku dpt B ke B+. Dah lupa. Terkejut gaklah masa tu. Then #CikguAinu kata, "Awak ada potensi dpt A SPM nnt." Aku ingat ayat tu sampai harini. Lepas tu, #CikguAinu hadiahkan kpd sesiapa yg markah meningkat. Aku boleh hadiah sbb dari D ke B.


Korg ingat aku dpt B ni aku terus rajin ke? Kebanyakkan masa sblm exam, aku just tumpu kpd AddMath, Mathmode, Fz dan Kimia. Yg lain tu sentuh sikit2 je. Perangai aku yg dulu memang xkan dibuang. Jemu terhadap akaun.

Selepas habis last paper sblm Akaun, aku tak struggle mne study akaun. Mcm biasa, cikgu bg 4 aku jwb 2 sje.. heheheheh.... Nak buat cmne.

Semasa exam akaun, biasalah geng2 kelas aku, meniru, tye kwn dah biasa dah... Sampai ada bgi whole jwpn. Aku ada satu soalan aku mmg bengang sgtlah. Soalan sng tpi lupa. Nasib baik #WanKidin ade. Dia nmpk aku gelabah smcm, so dia bg jwpn dgn syarat aku bg jwpn kt dia. So ak pon bg jwpn kt dia, dia bg jwpn kt aku. CUAK gile bro! Dahlah first time menipu. Dan aku dan #WanKidin dahlah duduk depan sekali bersama #AbdulHadi.
After finish answering Paper 2 Prinsip Akaun with #CikguAinu

Semasa result keluar, kan aku ade cerita The Result tu, #Bonda bgtahu yg aku boleh result mlm sblm result keluar. Aku target dekat bahagian B tu BI mmg dah pasti. 1 B lagi tu ape. Aku anggarkan AddMath atau Akaun. Tup2 tengok Result BM dpt B! Prinsip Perakaunan, Alhamdulillah A+. Tak sangka boleh cam tu, sbb aku punya jawapan bukan balance dan aku pun letak rambang sahaja item2 tu!

Lupa, kalaulah Pengetua yg tak bg aku masuk kelas akaun tu ade, aku nk tunjuk result aku kat dia! Dahlah tak bagi sgt aku msk kelas akaun, dan tak bgi aku amik subjek AddMath.

Kesimpulannya, korg simpulkanlah sendiri erk....




Tuesday, April 10, 2012

#JanganAmbilPadangKami

Salam!


#JanganAmbilPadangKami yang bersiaran semalam di Astro Ria jam 9 malam hingga 10 malam. Aku tgk iklan dia nampak mcm best. Semalam aku trylah nk tengok. Tup2 #Bonda suruh teman hantarkan abg aku ke Stesen Bus. Dia nak balik ke Shah Alam sbb nk kije sane. Kije cat rumah kat Kajang. Biarkanlah. So, pergilah hantar dia. Balik rumah! Alahai, 9.45pm dah! 15 minit aje lagi nak habis! Redha jelah!

Tadi, masa aku syok duk layan 'Sekolahku Hebat kat Astro Ceria, Aku pun 'Info' then '104'. Pergh! Lepas Nada Cinta (2.30pm - 3.30pm) ada Jangan Ambil Padang Kami (3.30pm - 4.30pm)! Apa lagi! Terus tweet!

Kejam x tweet aku?
Sinopsisnya ialah kisah 7 orang sahabat yg tinggal di Flat Seri Bayu berjuang mempertahankan padang Flat Seri Bayu. Padang Flat Seri Bayu sering menjadi perhatian bagi remaja-remaja yg tinggal di flat itu. Di sana mereka beriadah di waktu petang. Lepak. Relax.

 

Namun pada suatu hari, satu papan tanda didirikan di padang menyatakan padang itu akan menjadi tempat pembangunan. Sejak daripada itu 7 sahabat ini berusaha untuk menyelamatkan padang itu daripada dirampas oleh orang lain. Ini akan menjadikan pengembaraan bagi 7 sahabat dalam usaha menyelamatkan padang itu. Setiap episode akan diselitkan dengan serba sedikit kehidupan senang susah masyarakat di bandaraya metropolitan itu.

So, dalam post ni aku xnk sebut pasal masalah politik. Dengar kata cerita ni mcm ada unsur politik. Entahlah...

Aku nak ceritakan mcm mana kehidupan masyarakat di dalam cerita ini. Maaf lah aku tak tahu nme watak diorg, aku just bgtau nama pelakon aje erk...


  • Beto sorg yg suke protect kan sesuatu. Dia yang mengetuai utk menghalang padang ini diambil.
  • Izreen sorg yg tomboy.
  • Elfira Loy yang memang gedik dan suka kan penampilan diri.
  • Naim adik kepd Beto. Sorg yg cpt melenting.
  • Syazwan yg mmg terpengaruh dgn agenda2 negetif
  • Shera wanita ayu dan cantik. Diminati Izzue Isalm
  • Izzue Islam, sorg yg kaya tp masih lepak dgn geng Flat Seri Bayu.
  • Adik Raykal adalah manga dera oleh ayahnya.

Cerita ni memang bagus! Susah nak cari pengarah film buat isu2 pasal kemasyarakatan. First cerita yg aku rselah Juvana. Cerita diluar lingkaran pemikiran kita. Cerita mengenai realiti kehidupan yg kita tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Konflik kemasyarakatan dalam kisah ini perlu diteladani agar tidak berlaku lagi dalam negara kita.

Memandangkan post ni cerita pasal kemasyarakatan jugak, saya nak ucap tahniah kpd Yang Berhormat Senetor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah berkhidmat dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2009 hingga 2012. Di atas segala jasa budi beliau amat saya dan masyarakat haragi.



Saturday, April 7, 2012

Jumaat di Kelantan

Salam semua!

Masjid Bandar Kuala Krai, Kuala Krai
Masjid Kerie
Hari ni hari Sabtu, kelmarin Jumaat. Tiap2 hari Jumaat, semua Warganegara Islam yg tercatat pada IC korg tu, wajin ke Masjid untuk Solat Jumaat. Kelmarin mcm biasa aku ke masjid dan topik khutbah berlainan tetapi pengisian sama. Masa aku duduk dengar khutbah *dengarlah sgt!* aku teringat zaman PLKN dulu-dulu. *Tak sampai sebulan dah kata dulu-dulu*


Yelah mcm mana tak ingatnye, betapa pelik lah jugak aku ada sebahagian drpd tu tak pernah aku buat di mana2 masjid termasuk KL dan Trg. Korg bace sendiri kat bawah ni apa yg pelik sangat!

  • Jumaat minggu pertama di PLKN. Ada 5 buah bas, 2 bas akan ke Masjid Keroh dan 3 bas akan ke Masjid Kerie (Kuala Krai). Kebiasaannya, Bas BTJ 1,2 dan Bas BTJ 4,5 akan bergilir2 ke masjid berlainan. BTJ 3 akan ke Masjid Kerie. Kebetulan aku naik Bas ke Masjid Keroh. Redha jelah sbb dekat. Kuala Krai kena pergi bandar, 30 minit perjlnan.
    Sumenye agak biasa sehingga ke Tahiyyat Akhir. Pergh lama gila! Drpd aku asyik buang masa merungut, aku baca berkali2 ayat Tahiyyat Akhir. 3 kali bacaan boleh beb!
    Aku bgtaulah kat kwn aku knp lama, aku pon bgtau kat diorg yg aku dah baca 3 kali Tahiyyat Akhir.
    Tak lama kemudian, semasa kuliah maghrib, #Fadhil menerangkan knp tok imam tu baca tahiyyat akhir lama, sebab tengah berdoa. Pastu sempat lagi dia kata, "Ada org tu kata sampai boleh baca Tahiyyat Akhir 3 kali." Apa lagi, aku terasa lah!
  • Semasa Khidmat Komuniti di Bukit Tiu, aku baru sedar yang kebanyakkan rakyat Kelantan tidak mendah atau mengaminkan doa pada doa antara dua khutbah dan doa penutup khutbah.
    Sejak drpd tu, ramailah jugak aku tgk yg tidak mengangkat doa.
    Lgpon ada tok bilal tidak membaca pun doa antara 2 khutbah dengan nyaring mengunakan speaker.
  • Ada kawan aku bg tau yg Khutbah ke-2 tu sangat pendek.
    Aku tak sedar lagi, bila datang Jumaat tu, eh yelah pendeknye.
    And sume full arab. Kat Trg pasti ada penutup dan translate ke BM.
  • Semasa aku solat Jumaat di Masjid Kerie, aku duduk di saf yg ke-2. Tibe2 aku ternampak papan tanda, "Laungan Azan: 10 minit selepas masuk waktu solat dan 15 minit selepas masuk waktu Subuh" Aku pelik, kenapa erk?
  • Masjid Mukim Keroh, Kuala Krai
    Masjid Keroh
  • Ini yg paling sedih, masa Jumaat terakhir di PLKN, #Fadhil ada jumpa imam di Masjid Keroh. #Fadhil tanya knp si Imam ni selalu jadi Imam di sini? Si Imam pun menjawab, "Sbenarnya ada 3 Imam Masjid Keroh ni. Sorg saya, seorg lagi dah meninggal dunia dan seorg lagi ada masjid pinjam tak hantar2" Betapa sadisnya mendengar cerita itu kerana di mana anak muda Kelantan? Jadilah pelapis si Imam ini.
Kesimpulannya, aku dah pelajari byk benda tentang solat Jumaat di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Jadi sama-sama kita ambil ilmu, ambil iktibar drpd kisah2 ini. Wallahualam....


Thursday, April 5, 2012

Ketakutan akhirnya pergi jua

Salam sume!

Ingat x post lepas ade aku katakan Darjah 6 ada kisah pahit aku. Now, aku nak cerita nih! Memang pahit-pahit-pahit sangatlah kisah aku ni. Kisah aku ni sampai nak masuk kes polis.

Aku masuk kelas aku. Then ada org bgtau, "Weh, kau bawak CD lucah ke?" Aku pun terpinga-pinga. Aku just jawab tak. "Ramdan dah bawa CD tu bg kt Sir Yan." #SirYan merupakan Guru Disiplin dan #Ramdan merupakan pengawas kelas belakang aku. Apa lagi, CUAKlah akunyer! Kecut perut! Balik sekolah, aku terus tak bermaya! Malam tu aku pening fikirkan tentang itu.

Then keesokkan harinya, #SirYan datang kelas aku pagi selepas bacaan doa. Dia panggil nama aku. Dia ajak aku ke bilik kecil pengawas. Dlm perjalanan dia tanya adakah aku tahu apa yg berlaku? Aku just jwb, tak tahu. Sampai bilik pengawas, dia mula soal siasat aku.

Gambar Hiasan
Aku xingat soalan mana pertama dia, tapi aku hentam jelah cite kat korg. "Kamu dapat mana CD lucah tu?" Aku just jawab tak tahu. Dia kata CD tu jumpa ketika #Syahmie dudukkat tempat aku then beg terjatuh dari kerusi maka melimpahlah buku aku atas lantai then terselit CD dlm buku teks English. Pastu ade gak dia bleber pasal kesalahan tu. Byk kali gak dia tye soalan cam 2. Then dia tanya, "Siapa yang ajar kamu tengok mende2 cam ni?" Aku jawab tak tahu. Dua soalan itu asyik ditanya. Sehinggakan dia mahu menamparku akibat tak bgtahu. Pastu aku kbo la aku dianaia. Dia suruh aku bgtau siapa mungkin suspek itu. Aku pulak tertuduh kawan aku, #Syahmie. Sbb dia and the geng selalu buli.

Aku pun pergilah panggil dia. Sampai kat bilik pengawas tu, #SirYan suruh aku duduk kat tepi padang depan dgn bilik pengawas. Dia soal siasat #Syahmie. Aku masa duk situ rasa sebak memikirkan apa yg bakal berlaku. Then #SirYan panggil aku. Kebetulan pulak #Syahmie merupakan saksi kejadian.

#Syahmie masuk kelas then ternampak sorg bdk darjah lain berlari keluar dari kelas aku. #SirYan agak marah semasa soal siasat. Dia terus capai telefon dan terus telefon polis! Aku and #Syahmie cuak gila babi! POLIS woi! "Pelajar saya tak mengaku gak pasal tu." Habis cakap telefon, dia terus bgtau aku yang perkara tu sampai kat polis dah dan media pun dah bersedia. Aku memang dlm keadaan lemah masa tu. Hanya Allah sahaja yg tahu masa tu aku cmne.


Lepas tu, #SirYan suruh aku and #Syahmie pergi ke bilik Guru Besar. Apa lagi! CUAK membabi buta! Muka pucat masuk. Then kami duduk. Kami berbual dengan dia. Then, at the end dia kata dia pasang CD lucah itu! OMG! Aku dgn #Syahmie apa lagi! Terkejut beruk! Kami saling berpandangan. Guru Besar tu tunjuk dulu kat kami CD tu. Jelas tertulis 'CD LUCAH'. Masa video porno tu ditayangkan, aku dan #Syahmie gelisah dan tak tengok langsung skrin komputer dia. Then perkara selesai. Dia suruh aku balik kelas.

Kebiasaanya aku ada kelas tambahan. Dek kerana letih tentang hal itu, aku pun mintak balik. Aku balik dgn lemah. Aku telefon #Bonda suruh #AbgLi the sulong sibling amik aku kat sekolah. Keluarga aku belum tahu apa berlaku. Balik rumah terlentang tidur keletihan.

Pukul 5petang, #Bonda balik dari kerja. Saat itu aku ceritakan segala yg terjadi. #Bonda terus terkejut dengan kisah itu. #Bonda agak marah gak. Sebab #Bonda memang ada alasan kukuh. Aku merayu kat #Bonda supaya xpayahlah jumpa Guru Besar.

Keesokkan harinya, macam biasa #Bonda hantar aku melalui pintu belakang. Then aku naik ke kelas. Balik dari sekolah baru #Bonda cerita yg dia pergi jumpa Guru Besar. #Bonda beri alasan yang memang kukuh! "Anak saya tak pandai pun main komputer. Bukak komputer xpandai inikan CD lucah tu. Lgpon kat rumah saya xde internet dan anak saya hanya duduk dlm rumah xkeluar pun dan hidupnya adalah TV."

Tidak dinafikan lagi sbb aku mmg zero dalam komputer! Lepas itu, Guru Besar tu kate, tutup dah kes. Tak akan bawa ke polis.

Sejak drpd itu aku amat fobia bila bertentangan dgn #SirYan. Aku juga fobia bila ada perhimpunan takut2 nama aku disebut. Dan keluar dari sekolah, aku rse xkn jejak kembali ke sekolah itu....

Itulah saat pahitku di SKSS1.

Aku tak pernah cerita hal ini kepada sesiapa pun rakan aku di sekolah dan mana-mana. Hanya aku, rakan sekelas, rakan baik ku dan guru2 serta adik beradik ku termasuk #Bonda sahaja yang tahu. Aku berani kerana aku telah sertai PLKN. Selama ini aku hanya sembunyi kenangan pahit ini agar luput di ingatan. Namun, aku mesti ceritakan mcm Perkongsian Terbuka dlm kelas CB! Walaupun aku tak bersalah, aku tetap mengeruni kisah ini....

Monday, April 2, 2012

Taman Syurga

Salam semua!

Hari ni aku berani nak ceritakan kisah GEMPAK aku di UOL! Bukan pasal aktiviti, tapi pasal satu perasaan yang dimiliki oleh lelaki dan wanita. LOVE. Yeah! Betul!

Ada sesetengah kwn aku kat sana dah berazam sebelum datang nak cari seorg girlfriend. Ada juga yg x keazaman pun, tapi sampai2 jumpe teman istimewa. Aku? Aku tergolong dlm golongan yg x berazam utk cari girlfriend. Mungkin bukan tiba masanya lagi agaknya.

Semakin hari, ramai si jejaka dah dapat teman istimewa. Port yang biasa untuk mengorat ialah Koperasi. Memandangkan koperasi pun depan blok-blok Wirawati, jadi tiada masalah untuk si Wira ke sana. Satu lagi port untuk mengorat ialah dalam kuliah. Setiap pagi ada kuliah dan ia digelar Taman Syurga oleh #UstazFadhil. #UstazFadhil ini merupakan pelatih dan AJK Disiplin di kem dan diiktiraf sebagai Imam Muda Terengganu. Apa hebat beliau ialah penyampaian ceramah dan sering menjadi imam di surau.

Ok, mukadimah saja tu. Aku ada TERMINAT. Faham ye, TERMINAT. Seorang wirawati dari kuliah aku. Aku kenal dia semasa Kuliah Modul Budaya Kerja. Memandangkan dia satu kumpulan dengan aku, jadi aku asyik tengok dia. Tengoklah, betapa hebatnya Taman Syurga. Aku just minat satu sahaja tentang dia, lirikan matanya yang bersinar.

Aku ingat lagi, semasa hari pameran kuliah budaya kerja, satu kumpulan kena siapkan gerai pameran. Aku incharge bahagian alatan sukan. Kadang2 byk gaklah dia tye aku pasal kerja. Aku just jawab dengan relaks. Ops! Lupa nak kenalkan nama dia! Nama dia #Sitsya (Aku pendekkan namanya).

Kuliah Budaya Kerja dah nak habis, so kawan sekumpulan aku, #Karim mintak sume nombor drpd wira and wirawati kumpulan aku. Aku apa lagi, ambil peluang salin sume no telefon tu. Yang wira aku akan kacau diaorg. Wirawati aku just nk no #Sitsya.

Selepas 2 minggu kelas Budaya Kerja, barulah aku bermessege dgn dia. Cuak gak msg dgn dia. FYI, dia seorg sahajalah wirawati yg bertuah msg dgn aku. Bila aku perkenalkan nama aku then dia balas msg "Jolow?" Aku pun pelik, apa benda ni? Aku pun tanye #Awi dan dia kata maksudnye 'Betul ke?' Sejak itu #Karim dan #Awi sahja tau yg aku minat dia.

Aku massge dgn dia hanya 2 minggu. Then aku stop sebab aku anggap aku syok sendiri. Tiba-tiba, dia hantar msg kpd aku sbb nk tahu keputusan bola sepak antara Kelantan vs Trg. Ingat x lagi bila Klate vs Ganu? Kat kem aku, diaorg pasang projector dan pancarkan kat cafe memandangkan cafe ada astro. Wira sahaja boleh tengok. Aku hantarkan keputusan bola sepak. Walaupun sending fail sokmo. Kami kat sana dah biasa, malam2 pasti line takde. Lepas itu, aku lagak biasa sahaja depan dia.

Aku masih ingat kata-kata #CikguAmre yang mengatakan bahawa, Cintailah sorg wanita itu berdasarkan matanya. Aku terkejut then aku tengok dia. Dia xbalas pon. biarkan sahajalah.

Minggu terakhir, juru gambar yg ditugaskan ambil gambar datang menghantar gambar. Kami beli gambar. Malam tu, aku pergi dorm sebelah Dorm F Kompeni Charlie gak. Saje2 pergi nak lepak. Aku pun tgk gambar kompeni. Tengok sorg demi seorg. Then ada sorg menerpa kami, #Kimi. Dia pun bgtau kami, "Eh, lawo gok dia ni kan?" sambil menunjuk #Sitsya. Aku just watlek watcool. #Kimi ni dahlah smart orgnya. So, kalau aku lawan dgn dia pasti dia mng. Pastu dia kata nak nombor #Sitsya.

Kompeni Charlie

Malam Simfoni Memori. Tamat sahaja majlis tu, cikgu benarkan kami berjumpa antara wira dan wirawati sebelum jam 12 malam. Selepas jam 12 malam, kawalan ketat oleh cikgu serta kem komanden dan Crown Family. Aku memang kena selsema malam tu selepas habis sajak. Aku just duduk relaks dan perhatikan persekitaran. Tiba-tiba aku ternampak #Kimi dan gangnya. Dia ckp dgn gengnya mau amik gambar dengan #Sitsya. Korg tahulah mcm mana perasaan aku. Masa tu, aku dah stop sukakan #Sitsya. Tapi nasib baik #Kimi ni tak berani untuk bergambar dgn dia kerana malu.

Ada seorg lagi wirawati aku minat, tapi dia garang sangatlah. Thankslah to #AsyrafAidee sbb nk berusaha adjustkan aku dgn wirawati tu.

Tak mengapalah aku belum jumpa sorg girlfriend. Tapi aku akan berusaha untuk mencari Tulang Rusukku. Insya-Allah